Definisi Sekolah Seni Malaysia
Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.
Pengambilan ke Sekolah Seni
Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara. Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.
Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan April hingga September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di https://essem.moe.gov.my
Murid-murid yang telah memohon secara atas talian akan dipanggil menghadiri Sesi Serlahan Seni (SSS) yang merupakan sesi uji bakat untuk menilai bakat-bakat murid.
Syarat Kemasukan
• Warganegara Malaysia
• Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian yang dimohon (Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual)
• Tiada kecacatan
• Lulus Sesi Serlahan Seni
• Mendapat keputusan minima 3B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
Maklumat lanjut sila layari https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan-menengah/sekolah-seni-malaysia
Terima kasih atas perkongsian maklumat
ReplyDeletesama² CCL
Deletekalau ada bakat dan minat dalam bidang seni memang bagus masuk sekolah seni ni
ReplyDeleteyess.. add on value utk merit lebih nk mohon IPTA nnt
Deletekat mane sekolah ni kak?
ReplyDeleteseluruh malaysia ada 5 buah je sekolah seni ni
Deleteooohh bagus jugak ye, ada option lain untuk minat anak-anak
ReplyDeletebagusnya akademik & seni seiring... syg jgk kalau berbakat x dikembangkan
DeleteAda jiwa seni sesuai ni...
ReplyDeleteanak yg berbakat dan berminat kita cuba ketengahkan.. kalau berjiwa seni tp x berminat pn x menjadi jugak uncle
DeleteBaru tahu ada kemasukan tingkatan 1 aliran seni. Ada pilihan untuk anak anak yang minat seni. Nampaknya terpaksa merelakan kakak masuk asrama ni kakmim. Ibu sabar ye.
ReplyDeletemacam x je.. dia mmg xmo asrama.. hehehehe
DeleteMai hantar sekolah seni kat Johor 😍😍😍
ReplyDeletealamakkk... awalnya kak... memangis ibunya kang.. haha.. sekolah seni kt sini dekat je dgn umah... tp tu lah anak xmo asrama
Deleteank dara bungsu mula2 ada jga permintaan dia minat nk msk bidang seni tarian
ReplyDeletetp. cik nur tak. kasi
emm kat sek msk persatuan. seni jadi la setakat tu
kalau msk sekolah seni ni yg bidang tarian mmg selalu bertanding peringkat international... seronok tgk diorg bawak nama malaysia ke dunia
DeleteSaya baru tau Malaysia ada sekolah seni. Huhu. Masuk asrama tu agak seram di musim pandemik ni,kalau tak actually biasa aje. Sulit jugak sebab kalau terlepas masuk form 1,takde peluang dah nak mintak lagi
ReplyDeletemasa pandemik ni mmg x masuk asrama... pdpr jugak... tugasan mcm biasa kena send pakai video.. itu lah diorg mmg kena mula dr form 1
Delete