Bila saya scrol-scrol gambar di phone galery, saya terperasan banyak pulak gambar selfie saya berheadphone!
Nampak sangat sudah mula serasi dengan norma baharu.
Headphone memang asyik di telinga saja!
Ya ampun!
Kalau ada bengkel ke kursus ke memang 'melekat' terus headphone dari pagi sampailah balik! Kalau ada kelas, dapatlah dimaafkan jugak sebab kalau online class memang takkan buat sampai direct 4, 6 jam! Eh, rindunya pulak nak kelas bersemuka. Takut pulak bila dah selesa bercakap sorang-sorang depan pc pabila situasi normal semula nanti, jadi kekok pulak nak berdepan budak-budak! Hahaha!
Tak patut pulak macam tu.
Tak patut!
Norma baharu - memang banyak merubah kehidupan kita.
Facemask pun sudah menjadi 1 keperluan wajib, dah jadi macam kasut/selipar pulak. Kalau tak ada kasut/selipar memang kita susah nak bergerak ke sana ke sini. Begitulah dengan facemask. Ada pulak yang memperagakan facemask sedondon dengan warna baju. Pun ada kan? Macam-maca cara dan gaya yang ada untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu ni.
Saya pernah terbaca yang Covid ni dijangka akan berakhir pada Mac 2025. Entah ya entah tidak. Selagi Covid ni ada selagi itulah kita masih menggunakan khidmat facemask ni kan?
Esok lusa Covid ni dah jadi macam demam biasa dah.
Sekarang pun dah ramai yang tidak bergejala (kategori 1) tapi positive Covid. Covid memang sudah ada dalam komuniti kita dah.
Orang yang leka, ambik mudah hal-hal SOP, merekalah yang mungkin akan menjadi penyumbang statistik dijangkiti Covid.
Tolong ya, jaga diri, jaga SOP. Pesanan inilah yang saya selalu pesan sebelum mengakhiri online class saya bersama #budakkaran.
Tak sabar pulak rasanya nak memulakan semester baru,
masih dengan norma baharu.
Hanya budak yang kuat mental saja berjaya mengharungi kelas yang tak berjumpa secara fizikal ni.
Apapun, kita follow the flow ok!
Apapun berlaku,
Hidup mesti diteruskan walaupun pandemik melanda.
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan dilancarkan perancangannya.
Aamiinnn ya rabbal a'lamin..
Cutenyaaa kakmim dengan headphone tu hehe
ReplyDeleteJangan awkward tau nanti bila dah boleh buka sekolah kikiki
Jaga diri stay safe
Kenangan musim pandemik ain..kita doakan semuanya cpt berlalu ye
DeleteSetuju. Memang hanya yang kuat mental saja berjaya harungi kelas online. Fairuz pun tak mahu belajar online. Katanya kalau belajar bersemuka barulah dia nak daftar kolej. Saya pun tak boleh paksa sebab dia pun bukan jenis fokus pdpr. Hanya mampu beri sokongan moral saja.
ReplyDeleteRamai jugak budak sem 1 yg berhenti sbb x dot adapt online class kak.. kdg2 mslh gajet dan line jugak jd kekangan bila online class.. betul lah ikut je apa yg fairuz nak tu
Deletesemalam saya pun terfikir. ni kalau kena pergi opis ni mau berkilo-kilo malasnya sebab dah biasa sangat WFH.
ReplyDeleteSkrg ni kami dh ikut giliran sal.. excited tu ada tp itulah x ramai yg ada di ofis.. jd mls sbb keja x leh setel bila ada yg ada ada yg xde
DeleteKalaulah benar tahun 2025 tak tahu nak cakap nak fikir apa.
ReplyDeleteItulah anak2 xmo percaya.. fake kn ibu? Fake kan?
Deleteaah la betul hahaha
ReplyDeleteHihihi..
DeleteMemang betul pelitup muka jadi fesyen.
ReplyDeleteTengok Sukan Olimpik, macam-macam jenis pelitup muka, warna.
Ada yang kata Covid nanti akan jadi macam Mers-Cov yang memang bahaya. Harap dijauhkan. Amin.
Tahun 2021 ni lg teruk dpd 2020 kes covid negara kita
DeleteMemang dah kena embrace the difference sekarang ni kan, Kakmim..pakai face mask, online meetings etc. Tak kisahlah asalkan sihat sejahtera :)
ReplyDeleteInsya allah kena juga hadap demi kelangsungan hidup 😊
DeleteNorma baru dh jd rutin kan...
ReplyDeleteDh semakin terbiasa dh skrg
Deletesy pun dah bosan mengajar dlm talian ni sbb sambutan kurang menggalakkan. tp sbb tuntutan tugas n amanah maka terus hadap je la....
ReplyDeleteItu la byk kekangan jugak abam kie.. esp line internet tu.. nk buat mcm mana kan?
DeleteSemoga covid bisa cepat berakhir, mengerikan jika memang benar harus menunggu sampai 2025 tuh, kak..
ReplyDeleteHarap2 ia ngakk benar naia
DeleteJangan nanti gambar Mykad & lesen pun pakai mask🤣
ReplyDeleteKalau sy x mungkin kak sbb sy akn guna gambar lama je 😂😂😂😂
DeleteMudah-mudahan Covid segera berlalu. Betul, sekarang ni headphone, mask, sanitizer memang dah jadi aksesori harian. Harap kita dapat tempuh dan lalui fasa pandemik ini sehinggalah ia berakhir.
ReplyDeleteLama sgt nk tgu ia berakhir farrah ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
DeleteKena sesuaikan dengan norma baru sekarang ni . Selalu pakai face mask . Kerja pun WFH,
ReplyDeleteItu lah.. ada yg best ada jugak x best kalau wfh kn?
DeleteAla-ala pilot pun ada...
ReplyDeleteTak pun DJ Club... hehehehe
Mcm cust service hotline pn ye jugak kot
DeleteSaya dah syok WFH walaupon kadang2 ada masalahnya. Jangan lupe jalan ke opis plak dah ler…
ReplyDeleteLupa jalan ke ofis xpe jugak feezz.. jgn lupa diri mkn x berhenti je lah kt rumah tu.. hihihi
Deletedah jd kebiasaan
ReplyDeleteitulah kan..Dah biasa norma baharu nanti kekok pulak dengan kehidupan normal.
ReplyDelete