Memori Crispy Seaweed

Dulu masa kecik-kecik kami adik-beradik jarang sangat dine-in di restoren makanan segera. Kalau ada pun, masa bulan puasa sebab shopping barang raya terus je berbuka kat luar. Ataupun kalau dapat nombor 1 masa peperiksaan akhir tahun. Masa tu je lah special sikit, dapat makan fast food atau kalau bernasib baik dapat merasa dine-in. Masa saya sekolah rendah,  tahun 90-an, KFC hanya ada sebuah saja di Kuching ni! Saya ingat lagi KFC pertama di Kuching terletak di Wisma Hopoh. Sekarang dah tak ada dah KFC di situ. Kalau Sugar Bun memang famouslah di sini. Itu dulu. Sekarang di mana-mana pun ada KFC. Dah tak terkira dah. Sugar Bun pulak susah nak tengok sekarang ni di Kuching.

Pizza Hut? Pertama kali makan Pizza Hut masa form 4, maksu yang bawak. Saya dan maksu beza 9 tahun. Masa dia baru habis study, dia baru dapat lesen kereta memang dia suka angkut saya ke mana-mana. Kami macam adik-beradik saja walaupun sebenarnya mak sedara dan anak sedara. Lepas tu selalu jugak bergaduh! Haha. Sekarang ni dah beranak-pinak ni takde dah bergaduh bagai. Anak bongsu maksu pun tua setahun daripada Kakak Iman. Dah macam sepupu je diorang tapi sebenarnya pangkat anak buah! Hehe.

Maksu dulu suka beli makanan yang 'rare'. Ye lah rare bagi saya sebab tak pernah makan. Biasalah orang dah kerja dah pegang duit sendiri macam-macamlah yang dia beli. Pernah dia beli seaweed. Dia offer saya makan tapi bila dah rasa, macam pelik saja, saya tak boleh masuk! Terus saya cakap, apalah makan makanan rasa rumput ni! Ohoo teruslah maksu marah-marah, teruslah kami gaduh-gaduh. Hahaha!

 Itu dulu ya, masa saya form 4. Sekarang seaweed ni lah menjadi favourite saya. Aduyai. Sebab itulah orang cakap jangan terlalu benci nanti jatuh cinta. Haa.. hambek kau.

Oleh sebab snek seaweed ni agak mahal, memang tak beranilah mintak mak atau bapak belikan dulu-dulu. Tapi bila dah mula kerja, dah pegang duit sendiri memang heavenlah beli seaweed ni dengan duit sendiri. Sekarang, beli sendiri lepas tu makan sembunyi-sembunyi daripada #theIMANs. Nak me time lah kononya. Tapi selalunya memang tak habis jugak, at last offer jugak #theIMANs untuk habiskan. Itulah orang kata, makan jangan tamak, kena selalu share-share. Haha! 

Ehem!
Ada ke yang suka makan Crispy Seaweed ni?

 

19 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Makan ni memang ralit kak Mim. Sedap sangat. Lama dah tak beli ..

    ReplyDelete
  2. pernah gak rasa seaweed masa ke korea beberapa tahun lalu.... tak sedap pon!!!

    ReplyDelete
  3. Saya yang kelahiran 70-an pun suka seaweed ni..Zaman saya kanak-kanak tak pernah makan..Zaman anak jadi kanak-kanak depa ajar makan..Mula peliks ...dah lama suka...heee

    ReplyDelete
  4. Favourite ni Tao Kae Noi. Kerepek seaweed pun saya suka. Dulu-dulu rajin juga beli seaweed pek kecil untuk makan dengan bubur. Sekarang dah kurang sikit sebab ada thyroid.

    ReplyDelete
  5. Bila tengok makanan ni, saya punya craving nak makan makanan koreaaaa!

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. ada jugak yg x masuk ni.. x semua sama citarasa kn?

      Delete
  7. heheeh dana dah besar dan kerja baru kenal seweed tu kak... makan kfc dulu masa sekolah rendah memang jarang la. Abah bukan jenis beli makanan gitu, kalau ada beli mee goreng, rojak je kalau dia ke bandar... bila dah sekolah menengah baru berani nk cuba-cuba kfc apa bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dana..bila dh sekolah menengah kumpul duit belanja yg mak bpk bagi pastu pegi study kt library dpt la mkn set yg paling murah.. kalau dlu ada deli burger.. itu je mampu milik time tu.. haha

      Delete
  8. Toe kae noi ni saya kenal masa zaman belajar. Hehe. Famili agak strict bab junk food. Sedap jugak. Lama sudah tak makan. Dulu di Uni makan ni sambil layan movie di laptop

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama ke x mkn? pasni boleh lad masuk list shopping grocery.. hehe

      Delete
  9. Sedap crispy seaweed ni. Selalu sekali hadap habis terus. Bila dah ada duit sendiri memang syok beli makanan yang kita suka makan. Tapi makanan mahal mahal sesekali je lah. hihi...pesanan akhir tu ada betulnya :)

    ReplyDelete
  10. jujur ckp sy x penah mkn snek ni. beli apatah lg��

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form