Sedapnya kuih nagasari ni!
Entah bilalah dapat nak merasa lagi.
Jangan suruh saya buat ye.
Saya tak reti buat kuih-kuih tradisional macam ni.
Ampunnn.
Hahaha!
Jarang sangat dapat jumpa kuih nagasari ni di kedai-kedai kuih tepi jalan.
Agaknya kenapa orang tak nak jual ek?
Kita tengok apa kata Wikipedia tentang kuih nagasari ni.
Kuih Nagasari merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia juga didapati di Indonesia. Orang Bugis memanggilnya sebagai kuih Bandang-bandang.
Ye ke ni? Maklumlah Wikipedia ni orang boleh edit.Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan tepung beras dan dicampur dengan pisang nangka. Kuih Nagasari ini kemudiannya dimasak dengan cara dikukus.
Pada masa kini, kuih Nagasari kurang dikenali ramai kerana jarang dihasilkan untuk diniagakan.
Haa.. kan?
Wikipedia pun maklum kuih nagasari ni orang tak berapa nak jual.
Tapi sedap kan?
Terasa lemak-lemak salutan luarnya dengan pisang di tengah yang manis-manis masam.
Saya lagi kesian, tak pernah merasa. Baru tahu juga. hehe...
ReplyDeleteSedap ni fiza
Deletetak pernah tahu pun kuih ni, teringin juga nak try rasa dia macam mana :)
ReplyDeleteYg putih tu lemak2 masin dicampur dgn rasa pisang kt tgh masa menggigitnya.. mcm tu lah rasanya.. mmg rare ni
DeleteSeumur hidup tak pernah.Tapi pernah tengok kuih ni dalam YTube. Cuma nama tu susah sikit nak lekat kat otak😅.Agaknya kalau letak gula merah sikit mesti sedap kan.Ha3.Dah manis nak manis lagi🤣
ReplyDeleteRamai jgk x ppnh mkn kueh ni rupanya.. sedap ni syu
DeleteKuih evergreen ni. Di kampung saya memang terkenal, hidangan kuih tradisi waktu kenduri. Emak pun selalu buat untuk sarapan pagi. Emak panggil kuih nagasari juga.
ReplyDeleteSedap kn kak amie.. mst kak amie pandai buat kuih ni
DeleteTak pasti pernah makan ke tak. Tapi rasanya macam tak pernah makan. Tp husband selalu duk sebut kuih nagasari ni..
ReplyDeleteRamai jgk yg x pnh mkn nagasari ni ye naniey
DeletePernah dengar, tapi tak pernah makan. Dalam tu ada pisang kan...
ReplyDeleteAah as ada pisang intinya
Deletehaha tak pernah tahu pun kewujudan kuih ni. Macam sedap je inti pisang berlemak macam tu
ReplyDeleteKuih yg x glamer mcm karipap tp sbnrnya sedap 😅
DeleteKat tempat kelahiran saya @ Kedah tak pernah jumpa kuih ni.Pernah makan kat Johor & kat KL..Pernah la sekali dua sahaja buat.Tapi dah lamaðŸ¤
ReplyDeleteAgaknya betul kot kuih ni asal dr pantai timur
Deletemungkin sebab susah nak buat kot? entahlah kakmim saya pun dah lama tak makan.
ReplyDeleteRasanya mcm tu lah.. benda sedap mmg ada cabarannya kan
Delete