Kelebihan Tauge; Anti Taugeh Kena Baca!

Tauge? 
Ada ke golongan anti-tauge yang sedang membaca post ni? 
Ada? Takpe.
Kita berkenalan dulu lah dengan tauge ni.


Kenal kan tauge?
Janganlah buat-buat tak kenal pulak.


Siapa suka makan tauge ye?
Sila angkat tangan! 
Oops.
Eh, takpe komen je lepas habis baca ni.
Hihihi.

Kalau saya kan, tauge ni memang favourite. 
Especially kalau tumis dengan udang dan sawi. 
Terasa kemanisan udang dan tauge tu sebati dan mesra. 
Tapi.. tak boleh pulak ditumis terlalu layu. 
Cukup sekadar masak. 
Bila makan kena ada bunyi krup krap krup krap. 
Perghh!!


Antara gambar tauge dari #DapurKakmim yang ada dalam simpanan saya.


Tauge campur sawi & udang 


Tauge campur sawi, tauhu & udang


Gambar tauge ikan masin saja takde ambik.
Itu pun antara menu favourite tu.
Makan dengan nasik ayam, sedapnya!
Atau ratah macam tu saja pun dah sedap ni.


Makan, makan jugak.
Tapi tahu tak kalian apa kelebihan tauge ni?


 1. Kaya protein

Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam.

Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

2. Kaya enzim

Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim.

Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan.

Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

3. Kaya serat

Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya.

Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.

4. Kaya antioksidan

Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan.

Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak.

Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.

5. Kaya asid lemak

Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak.

Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja.

Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan?

6. Kaya vitamin

Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B.

Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.


Oleh itu, apa kata kita ubah persepsi dan diet kita untuk lebih menggemari sayur taugeh?

Jadikan tauge sebagai satu hidangan yang perlu ada dalam diet kerana manfaat sayur taugeh adalah sangat banyak dan penting buat kita.


18 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. 🙋Saya suka tauge..!!
    Sedap..Kalau tauge kacang soya yang kasar tu pun saya suka.Kat Indonesia ada lagi sejenis tauge dibuat daripada cambahan biji petai belalang.Teringin nak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy lain pulak kak.. yg tauge kepala besar tu sy x suka.. hahaha

      Delete
  2. Yeay, kita geng taugeh. Suka makan taugeh rangup rangup. Ratah panas panas lepas masak tu sedap. Kalau layu tu kuranglah sikit sedap dia kan.

    ReplyDelete
  3. baru td beli tauge he hee
    goreng dgn kucai
    cik nor suka tauge goreng kicap , letak tauhu banyak uihhh sedapppp

    ReplyDelete
  4. slalu bdk lelaki x suka tauge ni hehhee

    ReplyDelete
  5. kite pun suka togeh.. sedapnya kalau makan kueyteow togeh tu rangup rangup lagi kan.. sedapp hehe

    ReplyDelete
  6. Akak pun suka gak taugeh ni.. kalau tumis suka yang krap krup.. kalau masak lemak makan dengan sambal belacan dan ikan kembung goreng... memang terangkat!

    ReplyDelete
  7. Wak pun suka tauge
    Masak apa pun sedap

    ReplyDelete
  8. Saya suka tauge masak lemak putih..

    ReplyDelete
  9. saya suka tauge kalau masak as sayur tapi kalau order kuetiow saya akan request tak nak taugeh. entahlah apa pesen. hihi

    ReplyDelete
  10. ternyata banyak sekali manfaat tauge ya kak..aku sering juga masak tauge untuk campuran tumis tahu atau ikan asin (ikan peda). Kubikin pedes untuk teman makan nasi mantab kak ^^

    ReplyDelete
  11. yang leceh tentang tauge ialah akarnya..

    kalau nak masak..perlu buang satu persatu

    ReplyDelete
  12. Suka tauge dalam kueyteow, lagi banyak lagi sedap, sajian dalam gambar tu lazatnya..

    ReplyDelete
  13. saya tak suke taugeh... benci betul kuey teow yang letak banyak taugeh, kadang2 siap mintak kuey teow takmo taugeh, taugeh dalam mee goreng dan bihun pon saya tak suke.. tapi taugeh kat the chicken rice shop saya makan..

    ReplyDelete
  14. sy mmg minat taugeh. mkn char kueh tiau x ckp taugeh sy mengamuk hahahaha... msk sayur tumis pn suka jg...rugi ooo sapa x mkn taugeh heheh

    ReplyDelete
  15. shida dan husben suka kak mim, biasa taugeh yg kerap masak selalunya masak lemak putih dgn masak kicap..buh plak tauhu dgn kucai..3 sekawan ni..mmg perghh! hahaaa

    ReplyDelete
  16. Banyak kelebihan taugeh ni . CCL pun suka makan taugeh lagi-lagi kalau dihuat kerabu . Memang feveret la

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form