Kelebihan Puasa Asyura dan Tasu’a



Hari tu baca dari blog Mama Cella berkenaan puasa hari asyura, baru jap tadi kawan di grup sekolah pulak share tarikh-tarikh puasa sunat dalam bulan Muharam ni. Alhamdulillah syukur dapat circle yang selalu mengingati amalan-amalan untuk bekalan kita ke akhirat kelak. Paling-paling tu tak dapat 'markah penuh' at least dapatlah jugak menampung lompang sana-sini. 


Bah, marilah kita merancang puasa sunat bulan Muharam kita sepanjang bulan Ogos & September ni. Kalau tarikh cun bukan tarikh ABC, alhamdulillah dapatlah kita berpuasa kan? Semoga amalan kita diterimaNya, aaminn..



Kelebihan Puasa Asyura dan Tasu’a


1. Tidak lama lagi (Khamis ini) kita akan bertemu dengan Hari Asyura, hari yang di mana Allah menganurgerahkan kemenangan buat Nabi Musa. Rasulullah ﷺ melihat kaum Yahudi meraikan kejayaan Nabi Musa tersebut lalu Baginda ﷺ bersabda:


فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ، فَصَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ


Aku lebih layak dengan Nabi Musa berbanding dengan kamu, lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan para sahabat agar berpuasa. (HR al-Bukhari)


2. Rasulullah ﷺ turut membimbing para sahabat agar berpuasa sehari sebelum hari Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan daripada amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang Yahudi. Sabda Rasulullah ﷺ:


صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا


“Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” (HR Ahmad)


3. Dalam sebuah hadis yang lain pula Rasulullah ﷺ seakan lebih cenderung untuk berpuasa sehari sebelum hari Asyura. Hari ini dinamakan sebagai hari Tasu’a. Sabda Rasulullah ﷺ:


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 


“Sabda Rasulullah: Sekiranya tiba tahun yang akan datang insyaAllah aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan Muharram. Maka tidak datang tahun hadapan melainkan Rasulullah saw telah pun wafat.” (HR Muslim)


4. Rasulullah ﷺ turut menceritakan kelebihan berpuasa pada hari Asyura. Perkara ini direkodkan dalam hadis Muslim yang menyebutkan:


سُئل النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء ، فقال أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ


“Rasulullah ditanya tentang puasa hari Asyura. Maka baginda bersabda : Sungguhnya aku mengira bahawa Allah akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.” (HR Muslim)


5. Mari kita berpuasa pada hari Asyura (Khamis ini) dan hari Tasu’a (Rabu ini). Semoga Allah membimbing kita.


Sebelum tu, jangan lupa baca niat puasa tau!


Sumber: Telegram Dr. Ahmad Sanusi Azmi

19 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. tqqq ingatkan
    insyaAllah sama2 kumpul pahala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah cik nor.. semoga dipermudahkan niat kita

      Delete
  2. Ada kawan kamek post tarikh puasa tok dalam status wassup riya. Tapi nya dah hilang & kamek sik sempat mok SS😂.Makseh share oooo...Kak Mim😁💕

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dikelilingi mereka yang saling mengingati amalan baik. Selamat menambah amal kebaikan dan selamat berpuasa untuk yang berkesempatan berpuasa. Semoga Allah terima segala amal ibadah kita. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. Selamat menjalani ibadah puasa di bulam Muharram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wak.. semoga dipermudahkan.. insya Allah

      Delete
  5. In sha Allah Mim...
    Kita ni tak istiqomah Isnin Khamis.Nak cuba cekup sikit- sikit pada tarikh2 penting macam ni la untuk tampung lompangan kita kan..Seronok bila ada yang saling mengingati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak.. insya allah sama2 kita rebut pahala puasa sunat lepas ni

      Delete
  6. Thanks ingatkan kakmim. Insha Allah esok nak puasa. Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa MIM... igt nak puasa gak tp tkut mgu ni macam bendera merah plak datang heheh

    ReplyDelete
  8. apakan daya x dpt puasa thn ni... org pompuan kan... tp kpd yg berpuasa, selamat berpuasa

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah besar ganjarannya.. jom mim

    ReplyDelete
  10. Banyak kelebihan pahala yang kita boleh kumpul dalam bulan muharam ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form