Bulan 8 sinonim dengan double birthday celebration sebab Ibu dan si bongsu berkongsi tarikh lahir yang sama. Tapi macam biasalah famili kami memang jarang menyambut birthday secara besar-besaran. Selalunya masak-masak dan makan-makan sendiri je sambil tiup kek. Paling sadis birthday Imran (Awan) pada tahun lepas sebab masa tu PKP (bulan April) dan kami sambut anak-beranak je. Itupun delay sehari jugak sebab tunggu si Ayah yang kena kuarantin di pusat kuarantin. Tapi bukan positive Covid pun cuma jadi kontak rapat kategori C.
Tahun ni birthday Idlan Muhaimin yang ke-6 tahun. Ibu pun dah tak tau nak order kek apa dah jadi kita tanya tuan badan sendiri nak kek tema apa. Alan kata, nak kek Fortnite. Tadaa.. kek Fortnite request dari Alan. Macam biasalah Ibu order kek dari BFF Ibu yang juga partimer baker.
Muka baru bangun tidur terus diajak bergambar. Kesian pulak tengok dia tidur makanya kami golongan dewasa ni minum petang dulu.
Menu minum petang kami pada petang Ahad tu. Buat hari Ahad pun sebab menunggu si #adikno2 potong gelang kuarantin! Saya masak lontong, meatball & gravy dan order chicken pie dan kek pisang.
Akibat selalu tengok lontong di blog Seri Kandi Tanah Jauhar atau kak SK, teringin punya pasal saya masak sendiri sajalah.
Meatball, fries & gravy.
Ini menu kategori kanak-kanak ni.
Kek Pisang (Ori)
Kek Pisang (Mix Coklat)
Bila semua dah selesai makan, barulah aktiviti bergambar dan potong kek. Birthday boy bersama abang-bang dan sepupu-sepupu.
Kakak dan kakak sepupu takde dalam gambar.
Kek Fortnite yang telah dipotong.
Kek rainbow cheese.
Usu jadi tukang potong kek untuk diagih-agihkan kepada 4 buah rumah.
Thank you Usu!
Sekian saja kenangan birthday Alan yang ke-6 pada tahun 2021 ni.
Hadiah masa birthday memang bukan menjadi budaya famili kami.
Tapi potong kek memang wajib ada.
Tak kisahlah kek beli di kedai atau kek yang diorder ikut request tuan punya badan. Sekadar buat memori anak-anak je.
Happy birthday ibu & bongsu..Semoga dipanjangkan umur yang barokah...Cantik kek tu..
ReplyDeleteterima kasih kak atas doanya
DeleteAnak keempat saya pun bulan 8 jugak.. Baru sambut semalam.. Lewat jugak sambut kerana kedua-dua ibu bapanya terlupa. Hehe
ReplyDeletekesiannya boleh pulak lupa ye
DeleteHappy Birthday... Cantik kek tu. Tema fortnite lagi.. :)
ReplyDeletetq naniey... kek budak² lps tu cabut jugak topper tu bkn boleh mkn pun.. haha
DeleteEh kek pelangi 6 lapis sahaja.
ReplyDeleteBoleh tahan sambutan.
6 lapisan tp tetap 7 warna.. perasan x? Hihi
Deletecantiknya kek. dia
ReplyDeletehappy belated besdayyy sayang
Alan cakap terima kasih auntie ☺️
DeleteHappy birthday Alan. Mesti tak sabar nak potong kek
ReplyDeleteHappy birthday Alan dan ibu. Comelnya kek fortnite dalamnya rainbow. Seronok Alan dapat potong kek dengan sepupu sepupu.
ReplyDelete