Apakah "Expressive Writing?"

Sebenarnya antara tujuan utama saya masa mula-mula berblog dulu ialah saya nak meluahkan sesuatu yang tidak kena di mata saya ataupun ketidak puasan hati saya terhadap sesuatu isu atau perkara. Maklumlah darah muda masa tu.


Bila baca balik post tahun 2008-2009 memang banyaklah ketidak puasan hati saya terhadap my ex bos, orang sekeling dan ada juga student! Masa tu baru je start mengajar, student pun lebih kurang je sebaya, pernah jugaklah bertikam mulut dengan student. Hahaha! Lucu pulak bila kenang balik kisah lama.


Dulu saya pernah dapat bos yang agak 'kejam' jugak lah. Masa tu muda lagi, saya pulak sejenis yang suka menjawab, tak suka bos yang kena ikut cakap dia saya, hahaha. Adoi la. Kenapalah saya macam tu dulu? 


Nasib sekarang saya dah agak slow cuma masih tak boleh diam waktu meeting. Berusaha jugak nak diam dan bersikap ignorant tapi belum berjaya. Bila saya hilang radar dari alam blog, saya banyak meluah di medium Facebook sebenarnya. Tapi, saya tersentak bila seorang rakan dari institusi lain menegur saya, apa yang saya tak puas hati dengan pengurusan. Sejak itu saya mula slow dan sampai sekarang makin hilang radar dari Facebook sana. 


Post luahan perasaan tahun 2009: Lumpuh


Sekarang pulak saya semakin jarang mengaplikasi Expressive Writing. Mungkin faktor usia, atau mungkin saya terpengaruh dengan kata-kata "tulis yang baik-baik." Dalam medsos FB lagilah saya selalu share saja, dah jarang sangat nak meluah bagai. Tapi kadang-kadang ada jugak kan luahan perasaan tapi selalunya suka menaip dalam bahasa Sarawak. Baru real marahnya tu. Hahaha!


Saya rasa bagi yang masih menganggap blog ni sebagai online diary, biasa je kalau terpost dengan cuaca expressive writing ni di blog. Hihi! 


What say you? 



Expressive Writing ialah sebuah metode terapi kesihatan jiwa dengan cara meluahkan isi hati atau kisah terburuk anda dalam bentuk penulisan.


Kebaikan Expressive Writing


1. Mampu mengurangi stress

2. Emosi lebih sihat secara psikologis

3. Mengurangi rasa trauma

4. Meningkatkan fungsi imun badan



Dalam expressive writing tidak perlu menitik beratkan berkaitan aturan kepenulisan, tatabahasa, gramatikal dan ejaan. 



Anda bebas menulis apa pun. Kerana yang terpenting adalah SUARA HATI ANDA!



14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Dulu saya ada bos perempuan. Suka membebel. Masa mesyuarat bila dia membebel saja, saya tutup buku dan keluar bilik mesyuarat. Dari dengarnya membebel, berapa banyak tugasan yang saya boleh buat.

    ReplyDelete
  2. terkadang tu menulis untuk menyuarakan rasa hati tapi kena fikir 3-4 kali tapi sesekali tu ada la jugak

    ReplyDelete
  3. Dulu dulu darah muda. Kalau boleh ada je tak puas hati nak tulis kat socmed. Semakin berusia kita jadi lebih matang gitu. Dah semakin berusia ni nak tenang tenang je tak nak fikir hal remeh remeh. Seperti kata kata tu, tulis yang baik baik je. Menulis kat blog macam online diary dianggap macam okay je kot.

    ReplyDelete
  4. penulis saya dahulu dengan sekarang pon berbeza..saya dulu pon ade banyak juga buat expressive writing ni...

    ReplyDelete
  5. Samalah, blog lama memang luah semuaaa tak fikir apa pun, janji dapat luahkan. Sekarang blog baru, memang menjaga jugak adab dalam menulis.

    ReplyDelete
  6. Kalau tengok post lama memang lawak juga. Macam tak percaya tulis gitu. memang banyak berbeza dengan sekarang. Sometimes ada benda yang nak diekspresi kan tak dapat demi menjadga adab dalam penulisan.

    ReplyDelete
  7. Betul itu tulis yang bermanfaat. Takut luahan itu macam kurang elok bahasa. Kalau hendak meluahkan mungkin kena pantau gaya bahasa, perkataan. Apapun senang cerita amalkan berfikir dahulu sebelum menulis. Muhasabah diri dahulu ada sebab Allah turunkan/ pasangkan dengan orang yang kurang serasi dengan kita.

    ReplyDelete
  8. luahkan aje apa yg terbuku di hati. semoga dgn itu dpt menghilangkan rasa marah n geram tersebut.

    ReplyDelete
  9. dulu ya rajin buat mcm ni. tp lama kelamaan sy fikir baik sy simpan sendiri laa... tp kdg2 terlepas jg cuma pandai laa control supaya x terbabas hehehe

    ReplyDelete
  10. Sesekali ada jugak la buat. Sebab tu blog ni saya tak reveal dekat kawan-kawan in real life. Terutama sekali member opis. Takut terlepas cakap. Biasalah kakmim, zaman muda semua tak puas hati. Sekarang lebih tenang dan dah belajar nak selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  11. setakat ni di socmed saya masih behave, cuma xleh tahan bebel dekat blog jer hahaa ^_^

    ReplyDelete
  12. kita takde fb, kita suka bercerita diblog sebab tak ramai yg kita kenal tahu kita ada blog. kita pun berasa skrg ni agak kurang dengan instagram. kita banyak lepas geram dlm planner-journalplanner. lagi kita marah lepaskan geram dlm tulisan hangul.

    ReplyDelete
  13. makin tua ni makin malas nak menjawab kan.. dan saya juga makin pandai say no kikiki

    ReplyDelete
  14. Kadang2 bila ada masa terluang , baca semula segala post dua tiga tahun lepas macam2 yang kita share kan .

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form