Throwback Thursday: Masria

Gambar dulu-dulu. Nampak tak tarikhnya bila? 17.6.2001

Masa ni baru tahun 2 atau tahun 1 degree, tahun millenium. Masa ni Windows Me memang glamer lah. Sampai pc saya masa tu pun pakai Windows Me. Milleniumlah sangat. Henfon pun masa tu baru nak promote sms, so sms masa tu free! Yang best kalau pakai line 017, Timecel ke namanya. 017 ke 017 sms free so memang chat je lah memanjang guna sms. Hahaha! Kenangan habis. Whatsapp memang tak wujud lagi lah, ringtone pun compose sendiri. Hahaha!

Masa ambik gambar ni tak ingat pulak sempena apa. Tapi nampak macam proper je semua makcik dalam gambar ni kan? Berbaju kurung, bertudung litup menutup aurat. Takde idea langsung sempena event apa. 

Dulu masa di kolej kediaman takdelah aktif sangat tapi join jugaklah aktiviti kolej. Akak senior dan junior 1 floor kenallah jugak. Tapi tak ramai yang masih keep in touch. Ex-room mate je masih bertegur-sapa di FB dan IG. Rindu pulak zaman study macam ni. Rutin pegi kelas balik kelas, basuh baju jemur dan angkat di ampaian, macam tu je. Dating? Eh, saya takde boifren masa di kampus dulu. Kawan-kawan je ada. Saya sombong sangat kot agaknya kan? Tapi kan rasa menyesal pulak takde boifren masa di kampus. Hahahaha!!

 

23 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Hahahha ayat mim xde bf masa kat kampus hahaha sabar je la 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi... lucu ke kak ret? jgn la gelak... hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Kelakar pn ada jugak.. dgn fesyen ntah pape 😂😂

      Delete
  3. time belajar mmg best...BBNU..

    ReplyDelete
  4. Tahun 2001 saya dah mula keje dah….

    ReplyDelete
  5. Gambar legend tu. As pun entah di mana semua gambar-gambar lama. Hehe. Btw jemput join GA As ya :)

    http://iammasitahsamsudin.blogspot.com/2021/07/giveaway-aku-dan-kamu.html

    ReplyDelete
  6. Saya ambil degree tahun 2001..

    ReplyDelete
  7. Tengok gambar lama, seronok ingat kehidupan zaman study. Paling teruk fikir pun bab study je. Rindu jugak rutin zaman tu. Bab menyesal tu tak tahu nak gelak ke nak simpati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. jgn la gelak fiza.. kenangan lain masih ada.. hahaha

      Delete
  8. 2001 saya masih di sekolah menengah. Hehe, terkenang zaman takde whatsapp apa semua. Kalau sms usaha nk shortform supaya dapat jimat kredit

    ReplyDelete
  9. legend sangat gambar ni kak mim hehee..lama benar tu..kalau 2001 saya baru tingkatan 2 kak mim heheee

    ReplyDelete
  10. happynya semua orang. Memang ada gaya tengah celebrate something hehe

    ReplyDelete
  11. zaman belajar memang gini.
    skema aje semuanya. baju kurung tu mesti :) ha ha ha ha ha

    rindu campus life. life yg terbaik bagi aida.
    enjoy. happy. best!

    ReplyDelete
  12. masa tu phone tak sehebat sekarang.
    nak cari line utk call pun sukar ha ha aha ha...
    kena berlari naik tingkat 5. hadoi lah...
    sms aje.
    mms pun most of the time tak lepas!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form