Tapau Nasi Lemak Ganja di Foodcourt Kubah Ria Satok

Dia: Yang, tapau je lah baru balik.
Saya: Oh, ok jugak tu
 (dalam hati dah menjerit keriangan tak payah masak)
Dia: Nasik lemak nak?
Saya: Haa!! Nak!! Nasi lemak ganja
Dia: Orait!!



Ini kisah semalam.
Bawak #theIMANs ronda-ronda dalam kereta je.
Alkisahnya semalam kami suami isteri kena turun ke pejabat.
 Ada urusan kerja pulak.
Semalam Sarawak cuti umum, Sarawak Day.
Masalahnya negeri lain tak cuti.
So kami ni terpaksalah mengorbankan hari cuti.
Sebab tu lah kena ganti balik masa bersama #theIMANs.



Nasi Lemak Ganja ni agak well-known di Kuching.
Terletak di foodcourt Kubah Ria, Medan Niaga Satok.
Kalau order yang biasa memang dah ada ayam goreng.
Saya kalau tapau suka add on sambal paru.
Ayahnya pula rendang daging.
Sebelum ni saya tak reti makan paru.
Tapi lepas try paru di sini jadi suka pulak.
Nasinya cukup lemak dan masin.
Sedap dimakan begitu saja.
Sambalnya pun power.

Orang bangsa lain pun ramai yang makan kat sini.
Paling ketara, orang Cina lah. 
Balik keja ramai-ramai singgah makan di sini dulu.


Kalau kawan-kawan dari Semenanjung datang, kalau dah takde tempat lepak malam-malam bolehla lepak kat sini.
Tapi.. bilakah tiba masa itu?
Covid ni macam lambattttttt lagi nak pergi.


 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Oh! Ada nasi lemak ganja juga ye. Ingatkan ada nasi ganja saja. Mesti orang ketagih makan nasi lemak ni, sampai nama jadi nasi lemak ganja hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. nasik dan sambalnya mmg sedap 😋😋 bkn sambal nasi lemak tipikal sarawak 😅😅

      Delete
  2. sambal tu nampak menarik nyaaaa!!!
    Ni mesti ayam dia ranggup jgk ni...

    ReplyDelete
  3. macam2 nama nasi ni kadang takut pula dengar padahal rupa dia sama je.. yang penting sedap..hehe

    ReplyDelete
  4. Nasi lemak ganja pun ada ye. Entah bilanya nak sampai Sarawak. Sabah Sarawak lom sampai lagi ni. Harap dapat jejak sanalah. Dapat juga merasa nasi lemak ganja ni.

    ReplyDelete
  5. fuh mantap! betul tu kakmim...letih tunggu dia pergi

    ReplyDelete
  6. sedapnya nmpk nasi lemak ni. first time dgr nasi lemak ganja

    ReplyDelete
  7. sedapnya siklemak. takkisah la ganja or what, saya makan saja kakmim.

    ReplyDelete
  8. masa saya ke kuching beberapa tahun lalu, selalu gak makan kat Kubah Ria tu... masa tu tak banyak kedai yang bukak lagi. masih baru agaknye

    ReplyDelete
  9. Rindunya sarawak! Pernh mkn steamboat dekt situuu..

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap saja nasi lemak tu.. Saya dah beberapa kali juga ke Kuching. Tu pun atas urusan keja.. Di sana ada kawan-kawan juga. Kalau saya ke sana, kawan-kawan mesti jemput datang lepak belah malam..

    ReplyDelete
  11. Seronoknya kalau dapat pergi lagi @ Kubah Ria..Saya suka tempat macam tu untuk kenal product/makanan setempat.

    ReplyDelete
  12. sedap je tgk..nasi lemak tu..ermmm okay esok cari menu nasi lemak utk breakfast hehee Tq kak mim :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form