Julai
Cukup ya sampai di sini
Jangan noktahkan kegembiraan semua kami
Telah begitu banyak kisah hijrah yang perlu ku dengari
Hijrah yang bakal membatasi
Limitasi hidup kami
Dek kerana Corona ini
Ya. Julai ini mungkin menjadi titik permulaan bagi beberapa sahabat kami yang mendapat perkhabaran dipindahkan ke institusi lain yang merentasi daerah kami ini. Berpindah di kala musim pandemik ini? Di kala semuanya ada limitasi. PdPR anak-anak lagi. Kalau saya pun memang buntu. Dah puas berendam air mata, surat rayuan pula tidak laku di mata mereka. Akhirnya terpaksa jua menerima kententuan qada dan qadar.
Saat bermesej pun saya sedih. Apatah lagi bersemuka, terus bergenang air mata. Namun kau tetap menunjukkan keceriaan. Sungguh kau kuat sahabat.
Biarpun anak-anak terpaksa ditinggalkan buat sementara, yakinlah Allah jaga mereka untukmu. Semoga dipermudahkan urusan kamu dan kamu. Benar kata sang suami, bersyukurlah kau ada dia dan dia ada kamu. Akan ada hikmahnya nanti. Bersabarlah ya.
Benar apa dikata si pelontar lagu nasyid, hijrah itu pengorbanan. Mungkin pengorbanan ini amat besar nilainya bagi anak bangsa kita di sini. Tinggallah sementara keselesaanmu sebentar di sini. Redhalah apa yang terjadi, semoga muncul pelangi selepas ribut taufan ini.
Sepupu merangkap sahabat sedari kecilku.
Semoga dirimu dan suamimu beroleh kejayaan dan semakin cemerlang di tempat baharu. Selamat membina kehidupan baharu di daerah baharu. Hujan emas di tempat orang, hujan batu di rumah sendiri. Lebih baik di rumah sendiri namun apakan daya, SYMA juga perlu dipatuhi.
• Kakmim Yang Masih Setia Di Sini •
31 Julai 2021
1221 pagi
Membaca pun dah rasa sedih tu kakmim. Semoga segala urusan beliau dipermudahkan oleh Allah. Semoga hijrah perngorbanan ni akan ada manisnya nanti.
ReplyDeleteInsya allah fiza.. berat mata memandang berat lg bahu yg memikulnya.. semoga mereka bergembira di lubuk mencari rezeki yg baharu
DeleteAllahuuu akak. Sayunya kita yg membacanya. Berat dada, semoga semuanya dimudahkan dan dibawah peliharaan Allah swt. Semoga baik-baik mengiringi kita semua. Stay strong akak.
ReplyDeleteInsya allah cha.. ada hikmah di sebalik yg berlaku.. Follow the flow
Deletesedihnya terutama waktu pandemik ni terpisah jauh dari keluarga...memang tak terucap dan tak terlafaz..yang pasti linangan air mata tuu
ReplyDeleteAir mata tu jgn cakaplah.. tp sampai bila kn? Kita bangkit terima cabaran
DeleteDah tanda tangan SYMP
ReplyDeleteterpaksalah patuh
Tapi tengah time2 macam ni patutnya pihak atasan kena faham
Betul tu wak.. nak tak nak kena nak jugak.. xde alasan pandemik pun bg pihak atasan
Deletehijrah itu satu pengorbanan
ReplyDeleteSetuju kak.. korbankan comfort zone kita sebentar
DeleteSaya hormat bagi mereka yang berpindah randah atas urusan kerja. Sanggup dan cekal hidup dalam mengejar impian.
ReplyDeleteBenar.. sy masih lg di comfort zone x keluar dr negeri sendiri
DeleteSangat tabah! Moga Allah permudahkan urusan bila TERPAKSA berpindah..hmmm
ReplyDeleteBetul nona.. siapalah kita yang hanya kuli2 saja.. terima dgn tabah je jawabnya
DeleteSemoga dipermudahkan semua urusan mereka
ReplyDeleteTerima kasih kak SK
Deletedipaksa pindah department pun dah terasa sedihnya, apatah lagi pindah lokasi dalam keadaan serba perit begini. semoga Allah ganti kesedihan dengan nikmat-Na. Insha Allah
ReplyDeleteSatu pengorbanan yang besar tu.. Semoga dipermudahkan urusan sahabat kak mim..
ReplyDeleteKenapa saya juga bergenang air mata?
ReplyDeleteKerana dapat merasai perasaan itu.
Saya juga selalu membayangkan bagaimana perasaan jika kena redeep.huhuhu
Apapun in sha Allah hijrah pastinya membawa kebaikan & penuh hikmah yang belum nampak.Semoga Allah mudahkan urusan Mim & keluarga