Lunch Meatball Bolognese, Dinner Nasi Goreng Corned Beef

Hari ni ingat nak masak lemak daging salai cili api campur rebung tapi malas pulak nak carik rebung di pasar minggu sana. Encik Suami cakap takpelah kita makan simple-simple je lah.

Orait!! Kalau simple westernlah jawabnya. Kebetulan ada stok meatball kita masak meatball bolognese je. Sonang! Kegemaran semua pun ya.
 

Lambat check in kat dapur sebab tu lah kena masak benda yang express!


Tadaaa! Ni Encik Suami punya. 
Hari ni pakai angel hair je sebab takde stok spagetti.


Ini Abang punya. Rupanya tak cukup, tambah lagi dan lagi.


Malamnya.. ada balance kuah sikit sebab dah bagi kat umah adik dan umah mak. Gaul sekali biar adil dan saksama bagi semua pemakannya.


Eh, ada nasik goreng corned beef jugak la. Hihi. Sebab siang tak makan nasik so malam kena ada nasik.

Begitulah ya kawan-kawan semua.
Kita boleh je merancang macam-macam tapi kadang-kadang tak semua yang kita rancang akan dapat direalisasikan. Oleh itu, bersyukurlah urusan kita dibuka jalan seluasnya dan dipermudahkan Allah.

Plan malam ni nak stay up nak lipat baju, nak key in markah #budakkaran. Harap-harap mata ni sportinglah. 



 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Dua2 hidangannya menarik, mesti anak2 suka dan makan bertambah, macam anak kita ni, peminat Spaghetti Bolognese 🥰

    ReplyDelete
  2. Angel hair?? Adik badik spageti jgk ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak ret cuma angel hair ni halusss.. spagetti besarrr

      Delete
  3. Sedapnya, spagetti bolognese dan nasi goreng corned beef. Dah lama tak buat dua-dua ni. Tengok Kakmim masak, rasa nak buat juga.

    ReplyDelete
  4. Saya pun dah lama teringin nak makan daging salai masak lemak. Nak mencari daging salai lebih 10km pulak. Betul, nak express masak western je lah. Saya pun sehari kena makan nasi jugak. Kalau tak gigil. huhu

    ReplyDelete
  5. fevret saya tu masak lemak daging salai.

    ReplyDelete
  6. sedap ni. ada je meatball dlm freezer aida tu, lom lagi dimasak.
    kekadang masak2 ni tak boleh jangka.
    lain plan, lain jadik nya :) ha ha ha ah ha...

    anak2 aida ni tak boleh nak repeat western food ni dekat dekat.
    diorang tak brape makan. sesekali buat, baru semua telan sampai habis.
    kerap sgt, hmmmmm kejung spageti tu dlm peti ais.

    ReplyDelete
  7. sudi tak exchange bloglist?
    https://www.adianiez[dot]com/2021/07/link-exchange-creating-long-term-loyalty-friendships.html

    ReplyDelete
  8. Teringin nak makan nasi goreng corned beef tu sejak terpandang dalam entri Mim yang lepas.Tapi cari cornet beef tu kat sini tak jumpa brand dari Brunai tu.Jumpa 1 brand ja dari Brazil...tak jadi beli lagi..Kalau dari Australia ka ok la lagi..hihihi

    ReplyDelete
  9. Ini sebab keratif ni... Timur campur barat!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form