Dapat Kad Raya Dari Blogger Shida Radzuan

Cerita Isnin lepas, penghujung Jun. Kita dapat kad raya!

Macam biasalah dah petang baru menjenguk ke dunia luar. Baru bukak pintu menunggu ketibaan si Ayah balik dari mencari rezeki.

Tiba-tiba.. eh macam banyak je benda kat dalam post box. Mintak tolong si Abang tengokkan dan dia pun ambillah semua benda yang ada dalam post box.

Saya belek satu per satu. Ada surat dari insurans, bil air dan eh, sampul personal dari Perak!! 

Baru saya teringat dulu Shida pernah mintak alamat saya. Selalunya memang saya guna alamat rumah mak sebab kat situ memang ada je manusia di rumah masa orang bekerja. Tapi memandangkan situasi sekarang yang masih BDR, saya guna je alamat rumah untuk semua urusan pos mengepos termasuklah urusan Shopee. Hiks! Kalau dulu takde rahsia, kalau ada beli barang wajib bapak tau sebab dia yang ada kat rumah untuk accept semua tu. Nasiblah tak kena marah. Cuma masih ada soalan, beli apa lagi tu? Hihihi.

Begitulah bapak-bapak kan? Walaupun anak-anak dah tua beranak-pinak masih lagi mengambil berat urusan anak-anak. Kadang-kadang kalau tengok apa yang kita beli macam best dia akan mintak beli jugak. Hehehe. Bapak saya pun suka tengok barang di Shopee. Nanti kalau ada yang berkenan dia akan suruh adik bongsu saya belikan. 

By the way, terima kasih Shida pos kad raya jauh ke Bumi Kenyalang. Lamaaaaa sangat dah tak dapat kad raya tau. Walaupun hari raya Adil Fitri dah lama melabuhkan tirai, Kakmim ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk Shida sekeluarga. Nanti dah clear pandemik jemput-jemputlah cuti-cuti di Kuching ye semua.

Shida mana yang bagi kad raya ni? Jom jenguk blog beliau di sini https://www.shidaradzuan.com/?m=1

 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Lama juga kad raya tu sampai ye.. Hampir tiba hari raya haji..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pos selepas raya dulu x ingat pastu guna snail mail je

      Delete
  2. Selamat hari raya aidil adha

    ReplyDelete
  3. Kak mim punya baru sampai ke? Lama jugaklah hahaha. Tapi bila terima kad raya ni, rasa macam menggamit kenangan lama sebab dah lama tak terima kannnn hehehe

    ReplyDelete
  4. cantiknya kad...best kan dapat kad..teruja tak heheh

    ReplyDelete
  5. Jauh terbang kad raya. Selamat sampai pun. Saya sebagai anak bongsu pun, mak call kalau nak beli apa. kita shopee kan ajer.

    ReplyDelete
  6. Best dapat snail mail sekali-sekala. Dia macam surprise gitu

    ReplyDelete
  7. Selamat hari raya!
    Tak lama lagi kita sambut raya haji!

    ReplyDelete
  8. lama betul dia nk sampai..tp Alhamdulillah sampai jua..risau saya mcm ramai x dapat tp 100 kad diedar tahun ni huhuu..

    ReplyDelete
  9. ingatkan throwback rupanya memang baru sampai. alhamdulillah sampai jugak hehe cantik kan kad raya ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form