Choc Chip Cookies Yang 'Bersederhana'

Ini cerita hujung minggu lepas. Bukan semalam.
Rasa nak makan chocolate chip cookies.
Mulanya memang dah order dari baker yang saya biasa order.
Tetiba dia jadi PUI pulak so dia terpaksa kensel semua order.
Nak tak nak, dah nak makan, kita buat la sendiri.
Bahan-bahan baking pun ada walaupun chocolate chip tak cukup.
Kita kasi on saja!

Inilah rupanya chocolate chip cookies tak cukup choc chip.

Makin lama makin besar.. macam kita jugak kan? Makin sihat. Hahaha

Resepi ambik dari Google saja. 
Exactly follow sebijik kecuali kuantiti choc chip agak kurang sikit. 
Tapi rasanya tetap sedap. 
Tak rugi kan bila 'bersederhana'?


RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS


1. BAHAN A: KACAU RATA

Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.

  • 250 gram marjerin 
  • 1 1/4 cawan brown sugar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.

2. TAMBAHKAN BAHAN B

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • *2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat. 

3. SEJUKKAN ADUNAN

Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.

4. SEDIA DIBAKAR

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya.

Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

5. MASUKKAN DALAM OVEN

Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP!

Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak. 

Kredit: https://siraplimau.com/resepi-biskut-famous-amos-mudah-rangup/

 

18 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. apa saje yg berkait chocolate chip mmg fav ankdara...kalo beli die suka yg dkt famous amos...mamanya lama xbuat cookies

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah anak dara kita kak.. dia ajak buat muffin ada inti nutella pulak tp x terbuat lg ni

      Delete
  2. Anak-anak zaman baru...memang suka ni sekut coklat ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak.. nasib baik budak2 umh ni mkn tart nenas jugak.. xdelah semua yg hipster je.. hehe

      Delete
  3. Nampak okey je walaupun kurang chop chip kak mim, takpe janji sedappppp kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dh habis.. dlm 30 jam mcm tu je licin.. hahaha

      Delete
  4. Ni kuih hari raya haji ke? Beraya lagi tahun ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahad buat isnin dh habis.. nk raya haji pn x sempat.. haha

      Delete
  5. Sedapnya. Sesekali baked sendiri. Saya masih failed buat cookies. Sedih...Huhu

    ReplyDelete
  6. Saya follow sini..

    https://eyma0913.blogspot.com/2021/07/jom-subscribe-eyma-balkish-youtube.html

    ReplyDelete
  7. ni comfirm laku. min kalau ada he je memang di sukai anak2

    ReplyDelete
  8. Ini sekali hadap, susah nak berhenti ni...

    ReplyDelete
  9. choc chip cookies ni memang sedap betul aromanya ketika dibakar dalam oven!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini aida setuju, kak.
      bau nyer tu merengak sebuah rumah, Allahu, nikmat!

      Delete
  10. Setiap kali raya sy mesti buat biskut ni, tp setiap kali buat resepi mesti berubah… sib baek semuanya sedap..

    ReplyDelete
  11. bestnya dapat makan chocolate chip cookies! Makan time tengok movie sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mata ke tv.
      tapi mulut krup krap krup krap ye Fana :) ha ha ah aha...
      tak sedar sebekas habis licin!

      Delete
  12. hi hi hi hi ok la bersederhana.
    nanti nanti, resepi over la plak. sure lebih best.

    tu la tu.
    aida ni byk x dpt order food kegemaran.
    pkp. byk halangan diorang nak anta.
    menahan selera jer la. nak buat, kekadang tak rajin! ha ha ah ha...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form