Tom Yum Day

Hari Sabtu beginilah. Pagi tadi bangun lewat sebab malam tadi sambung baca novel. Bangun-bangun je tengok Encik Suami dah belikan sarapan. Nasib baik.. patutlah hero 3 orang diam je. Nak keluar beli stok barang dapur dah terlajak lambat pulak sebab selalunya nak keluar ke Mydin kena pegi masa dia baru bukak kol 9 pagi untuk mengelakkan orang ramai. Besoklah kot.

So bila dah takde idea nak masak, cili bawang kisar pun belum buat, makanya kita kena cari masakan yang mudah seperti singgang, sup atau yang menggunakan pes. Apalagi tanya Alan dia nak makan tomyum ke tak. Nak! Nak meehoon tomyum. Ohoo.. bisa diatur!

Kita gunakan pes tomyum ni je. Senang. Cukup rasa.


Saya buat 3 menu sebab ada yang nak meehoon goreng tomyum, ada yang nak meehoon sup tomyum dan ada yang nak nasi putih telor dadar & tomyum. Senang je kalau buat tomyum ni. Nak makan dengan meehoon ke nak makan dengan nasik ke, terpulang. Ada yang nak makan nasik dulu lepas tu nak makan meehoon goreng tomyum. Sukahatilah nakkk.


Rezeki pemberian dari jiran-jiran. Kuih kacang dan koci. Siap sekali pakej minum petang sekali dah ni.

Hari Sabtu korang macam mana pulak?



 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sedap...
    kita pun makan stimbot ala-ala tomym gak tadi ehhee

    ReplyDelete
  2. saya kalau masak tomyam, walaupon guna pes mesti tak sedap... hahahha

    ReplyDelete
  3. tomyam saya suka mkn dgn ansi dan telur dadar..kdg2 tukar mkn dgn bihun atau meggi :)

    ReplyDelete
  4. Saya baru hari ni plan nak buat tomyam. Terasa nak mengunyah bila tengok kuih kacang tu.

    ReplyDelete
  5. sedapp suka tomyam
    mkn panas2 dgn nasi putih

    ReplyDelete
  6. Tom yam sedap. Boleh dipelbagaikan ikut selera masing masing. Kalau saya pilih nasi putih dan telur dadar. Alhamdulillah rezeki jiran bagi makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca komen fiza, terkenang kalau dedolu makan kat kedai siam
      tomyam couple dgn telur dadar. ni menu anak aida yg no 2.
      suruh tukar lain pun dia tak nak :) ha ha ha ha...
      yg si kakak nyer, dgn kuewtiau goreng basah. itu aje menu diorang.

      Delete
  7. bila difikir semula, sabtu lepas pun aida buat tomyam.
    guna pes sama tu! last kopek dah, beli di kelantan.
    semlm petang beli sebotol di kedai runcit. mcm sama.
    bila balik rumah, ada beza jugak dgn tomyam beli kat kelantan tu, Mim.
    nanti nak try tgk rasa nya, sama tak.

    sedap nyer mihun goreng kuah tomyam :) slrp slrp best!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form