Teringin Daging Masak Hitam

Semalam saya dan Encik Suami top up barang-barang dapur. Awal pagi lagi dah keluar rumah sebab takmo bertembung dengan orang ramai. Dan seperti biasa bila dah keluar macam tu ibarat nak ke medan perang, penat tau! Penat jaga SOP. Dan seperti biasa jugak, Encik Suami akan cadangkan tapaukan aje lunch terus so tak payah masak bila sampai rumah. Yeay! Mestilah nak. Paling senang tapau KFC je lah kat #theIMANs tu. Call si kakak suh masak nasi je. Makan nasik dengan ayam kepsi. Ok la tu.

Petangnya baru masak untuk dinner. Terasa di tekak-tekak nak makan daging masak hitam. On kan aja walaupun dah pukul 5 baru nak mula berperang di dapur. Resepi daging hitam ni saya pernah share tahun lepas kat sini https://www.kakmim.com/2020/04/daging-masak-hitam-sarawak-versi-simple.html


Sampai jugak hajat nak makan daging masak hitam. Pagi ni sarapan pun masak nasik goreng dengan daging hitam ni jugak.


Kombo dengan kobis & brokoli sos tiram je. Syukur.

Malam tadi saya tidur awal. Tak tengok pun RASN. Hahahaha! Dah nak habis baru nak follow sebab tak suka perangai si Huda tu.



 

20 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. sedapp daging masak hitam
    akak ada cousin terror msk hitam , kenduri panggil dia tolong masak
    dan kat kg akak femess msk ni terutama bila kenduri kawen cam menu wajib kena ada
    resepi warisan tukang masak, dorang masak gotong royong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak? Lama x kenduri mkn daging hitam masak sendiri je lah 😂

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah.. nk mkn kena masak sendiri skrg

      Delete
  3. psstt "terasa di tekak nak makan .." ehem ehem... hahaha ok xnak pk :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehem ehem.. nk mkn apa tu kakret?? 😂😂

      Delete
  4. Betul kak. Bila keluar rumah tu rasa macam nak berperang. Risau betul bila ramai orang. Tak keluar, tak ada barang dapur nak masak pulak kan. Kena juga keluar topup barang barang dapur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scary sbb boleh merebak mll udara dh 😢😢

      Delete
  5. Sedapnya daging masak hitam...nanti nak cuba la masak macam resepi Kak Mim tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt dh try up kt blog ye kak SA 😅

      Delete
  6. Tak pernah lagi makan daging masak hitam. Tak tahu rasanya macam mana.

    ReplyDelete
  7. sedapppp tu daging masak hitam :)

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaa lahai dgg msk hitam tu kak 😋😋

    ReplyDelete
  9. Keluar apabila hendak beli benda penting.
    Rasanya di rumah ini tidak pernah masak daging masak hitam. Selalu makan di kenduri.

    ReplyDelete
  10. Sedap tengok daging masak hitam kakmim.
    Saya tak pernah masak daging hitam. Biasanya, beli je. :)

    ReplyDelete
  11. Wah,dah ada resipi daging masak hitam la..Uniknya guna kismis & peanut butter.Saya belum pernah masak resipi ni.In sha Allah jika ada bahan + kerajinan nak cuba .Mesti sedap ni gandingan kismis & peanut butter tu.TQ mim

    ReplyDelete
  12. husband aritu masak paru masak hitam...daging masak hitam suka juga

    ReplyDelete
  13. Cantik kejadian daging masak hitam Sarawak. Saya pernah beberapa kali masak untuk rumah terbuka. Boleh tahan juga belanja bahan-bahannya.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form