Tahniah batch SPM 2020


Semalam keputusan SPM 2020 telah pun diumumkan. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, keputusan SPM 2020 merupakan yang terbaik sepanjang 5 tahun belakangan ni. Eh? Ye ke? Inilah yang menimbulkan isu semalam. Sekolah ditutup 110 hari, keputusan terbaik dalam tempoh 5 tahun, prestasi sekolah luar bandar lebih baik daripada prestasi sekolah bandar. Ok jawab sendiri dalam hati.

Tapi memang tak dinafikan ramai yang dapat keputusan cemerlang semalam. Straight A+ pun ada! Memang lihai! Tahniah ye adik-adik, guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa berada di belakang menyokong anak-anak walaupun dalam situasi pandemik. Memang tertekan belajar dalam situasi pandemik ni. Bukan semua orang boleh adapt dengan PDPR ataupun PDPT ataupun ODL ni. Memang banyak pro & kon nya. Bagi kami pendidik ni pun memang stress tambahan lagi subjek yang perlukan hands-on, adoyai, malas nak fikir, bikin uban bertambah je.



Iye lah, iye lah. SPM 2020 dah diumumkan. Batch yang baru mendaftar hari tu pun tak abis lagi pengajian semster 1 diorang. Ni haa masih lagi buat online class. Sekarang ni dah tukar strategi tak buat GM dah, buat video recording je. Bila-bila boleh tengok dan buat latihan. Kalau buat GM separuh kelas je yang akan hadir. Buat sedih je. 


Sesambil buat kelas, sesambil dengar webinar jugak. Itu yang bestnya buar recording, diorang tengok, buat dan bila tak tau tanya, kita stand by je dalam waktu kelas 3-4 jam tu. Kalau dah siap, hantar dan semak. Setel. Nanti bagi yang lagi susah. Hahaha! Tapi kalau face to face lagi seronok walaupun penat ke sana ke mari. Boleh setel terus penilaian amali. Sekarang kena KIV dulu sampai boleh bersemuka. Hmm..

Minggu depan 15 Jun 2021 dah boleh update UPU pulak. Sejak semalam lagi dah mula sibuk melayan pertanyaan kawan-kawan tentang kemasukan lepasan SPM ni. Dan dijangka lepas ni akan lebih banyak PM yang masuk. Ya, ini amanah, amanah untuk membantu anak bangsa supaya menuntut ilmu hingga di peringkat yang tertinggi. Insya Allah saya akan bantu apa termampu.

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Rata-rata keputusan yang dikongsi di media sosial sangat cemerlang termasuklah anak sedara Mrs. A tahniah buat semua calon SPM 2020 yang kurang berjaya itu bukanlah penamatnya

    ReplyDelete
  2. tahniah anak2 SPM 2020
    penuh cabaran dugaan mereka
    alhamdulillah
    2 org anak sedara pun berjaya

    ReplyDelete
  3. Tengok juga kat status kawan di Trengganu.Sekolah anaknya Imtiyaz Besut 2 orang straight A+'s..Ish macamana anak tu study yer.Tapi bila mengenangkan 30 juz Al-Qur'an mereka bolah hafal,apalah sangat ilmu dunia ni bagi mereka.Hebat ibu bapa mereka dalam mendidik anak-anak.Terasa kerdil diri & malu pada Allah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah untuk semuanya!
    Batch pertama yang terpaksa exam pada tahun berikutnya disebabkan covid19. Apa apapun, semoga berjaya semuanya :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat semua yang berjaya. Bagi yang kurang bernasib baik, usaha lagi SPM bukanlah satu pengakhiran.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dalam pembelajaran musim pandemik ni KPM buat keputusan utk turun graf permarkahan..jadi para pelajar dapat skor dgn cemerlang..dan kebanyakn semua lulus!

    ReplyDelete
  7. Tahniah untuk semua calon SPM 2020. Satu kebanggaan tu pencapaian terbaik sepanjang 5 tahun dalam musim covid ni.

    ReplyDelete
  8. batch paling mencabar. Bagi yang tak berjaya, boleh cuba lagi. Buat kakmim, selamat menjalankan tugas dengan cekap dan amanah

    ReplyDelete
  9. Tahniah buat semua calon, ibu bapa dan guru Malaysia!

    ReplyDelete
  10. tahniah semua calon, guru guru dan semua ibu bapa... walaupun belajar ada sangkut sangkut... tapi tetap awesome

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Tahniah buat semua calon SPM 2020..
    Batch yang paling mencabar..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form