Si Dia Yang Merajuk


Si dia? Siapa? Komputer kat ofis la 😂😂😂

Last masuk ofis 27 Mei yang lalu.. kemudian Sarawak lockdown awal terus tak masuk ofis dah. Hari ini baru masuk ofis lagi. Tu pun mintak surat kebenaran dari bos sebab nak uruskan hal #budakkaran ni. Almaklumlah dah nak penghujung semester dah. PdP bersemuka rasanya boleh kira dengan jari selama 7 minggu dibenarkan PdP bersemuka. Lepas minggu ke-7 semua dah online.

Ahaa.. nak cerita kisah masuk ofis tadi. Masuk je ofis memang sah lah takde orang kan? Mula-mula mestilah on pc dulu. Panjang check list nak diprint ni, malam tadi dah excited dah buat checklist. Harap-harap dapat setel awal bolehlah merayau-raya di alam blog. Tapi... on je pc, boleh pulak lupa password!!! Ah, sudah! Hari tu dah format pc so team ICT buat password mudah-mudah aje, bukan password pilihan saya. Itu lah yang terlupa!! Cuba punya cuba akhirnya dapat jugak setelah puas termenung sana termenung sini. Kalau password lain-lain memang saya ada save dalam Notes di henfon tapi password pc yang senang-senang tu tak save. Dulu yang saya create sendiri memang ada hint, ni hint nya pun jawapan salah 😂😂

Okay dapat dah login, tapi saya tak puas hati. Betul ke password yang aku masuk tadi? Eh, nak try lah sekali lagi. Terus je tangan tekan restart. Ah sudah, windows update pulak!!! Stressnya lah hoi! Kena menunggu lagi dengann penuh sabar. Bayangkan sebulan tak update kan? Bertelur jugak lah menunggu.

Baik setel windows update. Tengok balik checklist. Semua nak kena print ni. Apa lagi laporan BDR tu lah yang dari 28 Mei hinggalah semalam. Laporan dah siap buat dah setiap hari tinggal nak print lagi. Printer pulak tak setting lagi aduyai. Hari tu masa awal lockdown kontrak baru mesin fotostat baru masuk so masa tu takde di ofis, memanglah Unit ICT tak setting lagi untuk print dan scan. Tunggu lagi team ICT datang untuk setting network dari pc ke mesin fotostat. Fuhh.. bayangkan dari 8 pagi sampai di ofis, 10 pagi baru dapat mula bekerja.
Nasib baiklah semua checklist dah checked!


2.00 petang.. yang ada di ofis pun balik. 5 orang je pun. Lama tak selfie dalam kereta. Lama tak pakai baju kurung. Lama berkurung di rumah, muka pun malas nak jaga. Nak simpan sini lah muka eksklusif jerawat sana sini 😂 sampai Encik Suami pun mempersoalkan, kenak muka kitak banyak jerawat? Hahahaha!! 

Maksudnya, kenapa muka awak banyak jerawat?
Ai, nasiblah labu!! Stress tau dok rumah fikirkan kerja yang tak boleh setel selagi duduk rumah berminggu-minggu tak jumpa #budakkaran.


Rasanya kena masuk ofis lagi supaya si dia tak merajuk lagi. 
Udah-udah ler lockdown Malaysia oo!!

Tengok peta ni. Sampai hati kan yang buat macam ni? 😂😂


 

5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Saya pun perasan, sejak PKP 1.0 lagi dah tak berapa nak jaga muka. Kalau keluar pun pakai facemask. Sekarang baru perasan kulit muka pun nampak kusam!

    ReplyDelete
  2. Walaupun BDR, saya datang juga ke pejabat. Paling tidak pun seminggu sekali

    ReplyDelete
  3. Macam macam pulak ujiannya. Kalau saya gelabah dah hint pun jawapan salah. Stress tak tahu nak bawa kemana dah ni. Apapun jaga diri kakmim. Peta tu dia lupa nak besarkan lagi kekanan agaknya. aduhaiiii..

    ReplyDelete
  4. pc pun reti merajuk. iye la, lama sgt tinggalkan dia :) ha ha ah ha...

    and selangor tu hmmmmm... bertabah je la.
    kerajaan mesti amik langkah yg bebetul efektif sekarang.
    langkah lembab da tak boleh! seksa rakyat marhaen ni hah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form