Sambal Belacan Udang Kering Sarawak Style

Musim perintah berkurung dalam rumah ni, kadang-kadang terasa jemu pulak makan air tangan sendiri kan? Setuju tak? Biasanya kalau sebelum pandemik dulu kalau hujung minggu je, especially hari Sabtu la mesti kami akan keluar jalan-jalan cari makan kat luar. Gantung periuk dan kuali di rumah tu. Hari Sabtu dulu-dulu selalunya hari yang sibuk bagi kami. Pergi tusyen, kelas silat, kadang-kadang saya pun kerja jugak. So bila balik kerja tu wajib tebus balik bonding time di hujung minggu bersama #theIMANs dengan jalan-jalan atau makan kat luar.

Itu dulu. Usah dikenang kisah kita dulu-dulu. Sekarang kita kena jaga kita dengan duduk di rumah saja. Kalau dah terasa jemu nak makan air tangan sendiri, selalunya saya akan cari menu yang boleh mengembalikan selera makan diri sendiri. Tak perlu murung ke apa. Chill aje. Nak bahagia kena cari sendiri, begitu jugak kalau nak gembira, kena cipta momen sendiri. Nak makan? Sekarang better jugak masak sendiri. Boring makan ayam? Selalunya saya akan tumbuk sambal je. Simple! 

Sambal? Sambal apa? Sambal udang kering Sarawak style. Ini salah satu sambal kegemaran Encik Suami ni. Saya, kalau tengok dia berselera, saya apa lagi, top up lagi nasik, top up lagi. Pastu laki ko buncit ko pulak yang risau. Hahaha! Senang je nak menumbuk ni, rajin tak rajin je. Jom usha macam mana nak buat sambal udang kering Sarawak style ni. 


Sambal Belacan Udang Kering Berangat Jungo

Bahan-bahan tumbuk:

Cili padi (sesuka hati) - nak pedas bubuh banyak
Belacan - dibakar sebelum ditumbuk
Udang kering - rendam sebentar sebelum ditumbuk
2 biji limau kasturi

Peralatan menumbuk: Lesung batu legend

Cara-cara nak merealisasikan sambal pembuka selera makan tengah hari masa PKP 3.0

1. Basuh cili, kemudian tumbuk sampai lumat.
2. Basuh ketulan belacan kemudian letak atas dapur gas. Biarkan terbakar sikit sampai mengeluarkan bau pembakaran yang sedap. Sambung tumbuk dicampur dengan cili.
3. Toskan udang kering yang telah direndam dan sambung tumbuk lagi.
4. Kalau nak tekstur yang kasar, tumbuk sekejap. Kalau nak halus macam gambar kat bawah, tumbuk dia sampai jadi macam gambar kat bawah ni.
5. Potong limau kasturi dan belah 2. Perah dalam sambal tadi. Gaul rata.
6. Sebiji lagi limau, potong halus sekali dengan kulitnya, campurkan dalam sambal udang kering tadi.
7. Siap!

Makan dengan nasik panas je pun dah sodap.


Dah. Senang je kan? Selamat mencuba!!












 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Pn is3 wak kalau makan mesti cari sambal belacan.
    Wak tak join sebab wak takut pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala wak.. sekali sekala join cik puan baru sporting.. hehehe

      Delete
  2. thank you kakmim sharing cara nak buat.... nampak sedappp ni

    ReplyDelete
  3. baru tgk dah rasa nak terbersin hahaha

    ReplyDelete
  4. Sedap ni... Pekena dengan asam pedas atau masak lemak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul.. sy buat hari tu sgn masak lemak kobis

      Delete
  5. Hirisan limau kasturi tu buat tambah kecuuuurrrr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rahsianya.. buat terangkat aroma masam2 pedas gitu 😅

      Delete
  6. Wah,nampak memyelerakan sambal tu.Kering2 macam ni taste saya ni.Teringat ex jiran masa dok kuaters dulu orang Sarawak.Kalau emaknya datang,selalu dia bagi susur unjar,pusut & beras bukit.Sudah lebih 15 tahun tak jumpa.Semoga Kartini & keluarga dilimpahkan rezeki & dalam rahmat Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesar unjur mahal tu kak.. tp mmg sedap.. kalau guna sesar unjur lg sedap tp kena tgu lama nk rendam.. sesar unjur keras 😂😂 pusuk tu ikan bilis.. kalau ikan bilis mata biru yg dr sabah harga mmg kayangan... beras bario sedap masak nasik bubur.. ah ini semua kayangan ni.. hahaha

      Delete
  7. Padu ni ada belacan dengan udang kering. Semestinya sedap tu kalau guna lesung batu legend.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form