Rezeki Hari Terakhir Puasa 6

Hari ni ada 2 parcel yang selamat sampai. Salah satu daripadanya ialah parcel tudung bawal Palestine Hyat yang saya dah tempah bulan lepas. Tapi bila tengok jer note kat parcel tu macam salah je. Apa yang salahnya? Sebab saya order design hitam 2 helai, tak order design putih pun. Lepas tu terus tak sabar nak bukak.


Ahaa.. memang betul, Personal Shopper (PS) saya silap. Dah whatsapp dia, dia mengaku dia silap. Order kat whatsapp dah betul dah tapi bila tranfer kat pc dia tersilap key in! Terkilanlah jugak sebab saya memang minat design hitam tu. Yang hitam satu lagi adik saya punya.

PS saya mintak maaf sangat-sangat. Dia cakap dia hadiahkan je tudung design putih tu kat saya dan akan refund. Dia terus mintak no akaun bank. Last-last saya bagi jugaklah no akaun dan dia terus tranfer refund. Siap bagi lebih lagi! Allahu! Baik sangat PS Fana ni, no wonder orang ramai jer repeat order dengan dia tudung Hyat Hijab ni. Siap dia cakap balance tu sis belilah apa-apa untuk mengubati kedukaan tak dapat bawal Palestine design hitam tu. Macam tak sangka dapat rezeki dari PS yang menjadi orang tengah saya beli tudung Hyat ni. Saya bagitau Fana mungkin rezeki saya last day puasa 6 hari ni kot. 

Untuk memanjangkan sedekah PS Fana, saya order je Grab Food untuk buka puasa.

Kuey Teow kerang dan Char Kuey Teow udang. Tapi ni side menu je. Main menu mestilah nasik gais! 

Pagi tadi pulak kazen yang dok lorong belakang hantar asam epal ni kat umah. Alhamdulillah dah plan dah nak makan untuk bukak puasa.

Makan dengan cencaluk gais. Hahaha! Heaven!

Lepas tu ada asam pedas rebus ikan apa ntah. Macam masak singgang je ni tapi kami kat sini panggil lauk ni "lempah ikan". 

Stok timun yang dah tak berapa nak fresh saya tumis telor je. 

Alhamdulillah. Meriah jugak buka puasa hari ni dengan rezeki yang tak disangka-sangka. Sebenarnya malas nak order Grab Food sebab macam scary je bila orang cakap ramai jer orang yang tak keluar rumah tapi positif Covid sebab dapat dari rider yang deliver makanan. Sejak diumumkan PKP 29 Mei lalu di Sarawak inilah kali pertama saya order Grab Food. Tawakal je sebab nak merealisasikan hajat orang kan? Nasib baik order tu sedap. First time order dari kedai tu yang dalam area taman saya je. Free delivery pulak tu. Rezeki kan?

Begitulah, kadang-kadang dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain. Kadang-kadang dalam rezeki orang lain rupanya ada rezeki kita jugak.

 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Char kue tiaw tu nampak menyelerakan disambung terdapat udang besar disebalik kue tiaw.. hihi

    ReplyDelete
  2. Asam dengan cincaluk? Ini hipster!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...puasa dah selesai,dapat rezeki yang tak dijangka.Zaman muda- muda suka sangat asam-asam ni.Dah tak muda (hihihi) ni tak boleh makan pula gigi jadi ngilu.Lemak berjoget la asam tak dapat serang.Hahaha

    ReplyDelete
  4. Timun tumis telur? Timun besar tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. timun yg selalu dlm burger tu yan.. kopek kulit buang tghnya.. tumis telor.. sedappp

      Delete
  5. Wah, nampak sedap kuetiau kerang tu.
    Alhamdulillah, kakmim dah selamat puasa 6. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. rs mcm terbiasa pulak dh puasa di rumah

      Delete
  6. tahniah kakmim berjaya habis kan puasa 6 :)

    ReplyDelete
  7. Wah baik PS beri duit lebih. Sangat menjaga pelanggan.

    ReplyDelete
  8. Syukur dapat PS yang bertanggungjawab. Rezeki dapat juga beli sesuatu hari terakhir puasa 6. Kecur tengok mangga epal tu. tapi baru tahu cicah dengan cencaluk. sungguh rare ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form