Review Novel: Dangerous Love


Dangerous Love... bacaan kreatif saya untuk bulan Mei. Saya takdelah pandai sangat nak mengulas buku tapi saya cubalah.


Saya beli novel ni sebelum puasa lagi tapi bacanya lepas raya. Saya ambik novel ni sebab tengok dalam list di Popular novel ni antara top 3 top selling dalam bulan April tu. Masa tu saya beli 2 novel, novel 1 lagi tu (novel lama) agak tebal lah makan masa jugak nak menghabiskannya sebab bukannya boleh baring dan baca saja sekali jalan. Kang mengamuk budak-budak kat umah ni tak makan tak minum. Hehehehe.


Saya sebenarnya bukan penggemar genre aksi macam ni. Ye lah saya cakap aksi sebab tengok gambar kat cover tu pun tangan pegang pistol kan? Baca sinopsis tu memang boleh diagaklah memang acah-acah action thriller.


Dangerous Love mengisahkan Iman Aulia yang telah berkahwin dengan Firash Aryan, seorang pemuda yang diimaginasikan sangatlah kacak tetapi heartless. Takde perasaan macam tu lah. Pertemuan mereka bukanlah pertemuan yang manis tetapi penuh tragis. Firash ni menyelamatkan si Iman ni daripada kumpulan bapak ayam dan akhirnya mereka setuju untuk berkahwin. Cara si Firash nak ajak si Iman ni kahwin ni pun macam erk, perlu ke nak buat macam tu? Tapi itu idea penulis kita baca je lah.


Novel ni ala-ala novel Inggeris sikit story linenya sebab selalunya kalau novel Inggeris je selalu macam ni. Kalau kat Malaysia memang tak logiklah situasi yang berlaku dalam novel ni. Tapi dah nama pun novel kan memang imaginasi penulis pun.


Lelaki-lelaki dalam cerita ni semuanya hensem-hensem. Penculik pun boleh hensem. Orang yang kena culik boleh pulak terpikat dengan penculik, dan boleh pulak berkahwin dengan si penculik. Memang tak logik lah. Hahaha. Tapi macam tu lah jalan cerita satu watak lain dalam novel ni.


Lepas tu aktiviti mafia dalam cerita ni pun memang kejam lah. Tapi tak pernah pun ada adegan dengan polis. Ya, Firash Aryan dan semua adik-beradik dia ni mafia termasuk bapaknya sekali. Keluarga mafia. Mafia yang kaya-raya. 


Penyeksaan dari mafia anak beranak dalam cerita ni memang sangat kejam. Part penyeksaan ni memang saya tabiklah penulis Nisa Amuttalib ni. Saya pun tak terfikir nak seksa orang macam tu sekali. Ada part saya baca sepintas lalu je sebab taknak imagine. Kejam! 


Ada part pulak memang daring bab romancenya. Itulah saya cakap macam idea novel Inggeris. 


Kesimpulannya, genre macam ni bukan genre saya tapi saya nak cari kelainan je. Saya lebih suka genre yang konflik dalam keluarga, konflik diri. Makcik bawang sangat kan? Tapi tidaklah macam cerita RASN tu. Cerita tu memang tak logik, merepek sungguh kalau ada lelaki yang macam Naz dalam real life.


Akhir kata dari saya. Novel ni rare sebenarnya. Tahniah kepada penulisnya kerana jalan ceritanya memang tak masuk akal. Tahniah kerana berani mengetengahkan idea karya sebegini. Semoga selepas ni Nisa akan menulis story line yang lain dari lain jugak, yang bukan kisah cinta semata.



 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Semoga mendapat manfaat dari apa yang dibaca. Ada kalanya ada pengajaran dalam satu-satu bahan yang kita baca walaupun dalam bentuk bacaan santai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. certain novel mmg nmpk penulis mmg ada buat research.. cth nya kalo cerita psl watak yg sakit.. so scr x lgsg kita pun boleh dpt info psl penyakit tu

      Delete
  2. Kagum dengan orang yang bergelar penulis novel. Ada je idea dia. Tapi sesekali nak jugak baca cerita yang hero dan heroin rupa dan nama biasa-biasa je. Ini tak hensemnya mengalahkan Chris evans

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sal? pastu nama pun bukan main canggih

      Delete
  3. menarik novel ni
    pkp ni banyak masa utk membaca novel2 juga
    salah satu hikmahnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya baca novel x boleh masuk dlm report wfh.. hihihihi

      Delete
  4. Time PKP ini boleh tambah koleksi novel. Boleh baca sampai lebamm hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. nk beli yg baru x dpt.. ulang balik baca movel lama je la.. hihi

      Delete
  5. Zaman muda2 dulu kalau baca novel boleh nangis sampai bengkak mata.Siap "masuk" sekali dalam cerita tu..hihihi
    Dah berumur ni baca whatsApp jer la.Itupun selalu tertingga info..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pempuan hantu novel cmtu kot kak.. sy smpai skrg pn masih boleh 'in' kalo bc novel

      Delete
  6. bila baca ulasan ni macam cerita 365 days je..ala ala mcm tu mafia tapi hensem

    ReplyDelete
  7. Saya tak boleh tahan gelak bila baca : Penculik pun boleh hensem!

    ReplyDelete
  8. Menarik bila penulis berjaya membawa topi yang lain dari kebiasaan dan menjadi antara bestseller..

    ReplyDelete
  9. Kreatif dan menarik idea penulis tu. Pembaca tak boleh nak jangka. RASN kena kecam tapi ramai tengok gak. Hihi..tak pasal termasuk dalam geng makcik bawang sebab tengok RASN.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form