Dari malam tadi terfikir-fikir nak masak apalah hari ni. Bangun pagi tiba-tiba tercetus idea nak masak nasik arab. Kebetulan ada lagi stok ayam dalam freezer. Ah, boleh la. Terus whatsapp dengan jiran, oder pes Yemeni Mendhi nasi arab. Haha! Senang je masak nasik arab guna pes, boleh la sambung lepak di Law School lagi bila semuanya setel awal. Hihihi.
Pes ni ada yang beras 500g ada yg 1kg. Saya ambik yang 1kg beras. Masak sekali makan lah puas-puas dari siang ke malam.
Mula-mula basuh beras dan rendam dulu dalam setengah jam.
Sesambil tunggu beras direndam, kita masukkan pes dalam 1.3L air dan letak atas dapur. Saya masukkan sekali 1 bahagian ayam. Rebus je sampai mendidih.
Sementara tunggu pes mendidih, kita marinade dulu 2 lagi bahagian ayam. Plan nak letak atas pemanggang ajaib je malas pulak nak masuk oven.
Sebelum masukkan beras dalam air rebusan pes tadi, tapis dulu beras yang dah direndam tadi.
Bila nasik dah kering baru masukkan pewarna, biarkan. Tutup api dan biarkan 15 minit.
Bila nak makan kacau-kacau nasi supaya warna nasik arab kita mengancam. Haha! Mengancamlah sangat.
Pastu biarkan ayam yang dah dimarinade tadi atas pemanggang ajaib. Ni untuk makan malam.
Aksesori lain takde, cukuplah nasik dan ayam. Ibu malas ni.
Petangnya pegi ambik buku si kakak dan abang di sekolah. Almaklumlah Isnin ni kan dah mula balik PDPR.
Kena tengok box satu-satu takut silap kelas pulak 😂
Cantik betul warna nasi tu, putih kuning!
ReplyDeletewahh...cantik kejadian nasi nya...
ReplyDeleteMudahnya kerja masak nasi arab bila ada ready made pes. Sedapnya nasi arab. ada pes boleh masak bila teringin makan. taklah craving selagi tak dapat.
ReplyDeleteNasi arab ni saya boleh je makan, tapi tak gemar sangat.
ReplyDeletesedappnya mim
ReplyDeletekena try jgak ni he he
skali kena nasi arab
mudah ada pesnya
Cantiknya nasi tu...
ReplyDeleteBertabahlah anak2 ber PDPR...Semoga dimudahkan urusan & sama2 cari hikmah dalam musibah
Nasib baik ada lebel kat kotak2 tu...
ReplyDeleteSha memang suka guna pes ini.. Selalu ada stok yang 500g kat rumah.. Nak cepat je masak nasi ini.. hehehe
ReplyDelete