Hari Dapur Tak Berasap

Dapur tak berasap? Mesti tak masak kan? Tak masak, tak makan ke? Eh, makan tetap makan. Baca dulu kenapa saya tak masak.

Alkisah semalam dah gatal tangan dah nak cat baru blog ni. Semalam cuba tu cuba ni tapi belom ada yang berkenan. Ditakdirkan pulak hari ni Encik Suami kita tu kerja. Yahoo! Boleh lah sambung duduk mengadap pc. Sarapan dah order awal dah semalam, so setel untuk makan pagi.

Bila Encik Suami dah turun keja, saya setelkan rumah, baju-baju dulu.. alaaa bagi arahan komando je kat #theIMANs untuk setelkan. Hihi! Lepas tu saya mulalah.

Ditakdirkan lagi adik selang beberapa buah rumah whatsapp bagitau nak bagi asam pedas ikan pari. Okay on, saya masak nasik je. Setel untuk makan tengah hari.

Cukup untuk 6 beranak.

Encik Suami balik kerja dia tapau pulak Subway. Okay setel untuk minum petang. Haha!

Yang lelaki kecik 3 orang bukan makan pun Subway ni, kami 3 orang je makan. Untung untung.

Malam pulak adik kat umah mak pulak hantar soto. Setel lagi untuk dinner. Tapi biasalah budak laki 3 orang nak kena makan nasik jugak, kari dalam tin lah jawabnya. Ibu alang-alang nak habiskan keja mengecat blog. Tak dan nak ambik gambar dah. Dan akhirnya setel jugak. Berhenti untuk solat dan makan je. Selebihnya memang depan pc je.

Hari ni memang hari malas masak. Tapi blog dah cat baru dah. Okay boleh tido. Good night!




14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kacak dah blog. Lamak dah sik nukar baju blog eh. Kinek alhamdulillah, dah jumpa cat blog sesuai malas dah nak nukar. Hehe...

    Nang... Mun dah ngecat blog mem, alu ngadapnya ajak olehnya. Rezeki sik payahla masak nak owh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mun gik mudak2 dolok agik la mem mala jak ngecat baru.. dh xda polah papa lom beranak lom berlaki 😂😂😂

      Delete
    2. Mem ada masa coba ktk apply job blogpost di Intellifluence. So far ok juak bayarannya. Sigey blogpost nya bayar 100usd. Simple Dan boleh dalam bahasa Melayu. Alhamdulillah, last week kmk dapat sigey job. This week sigey gik dah approved. Ni tauk ada rezeki kitak juak.

      Delete
    3. Wah.. best.. job apa ya mem? Lak usha2.. tq mem

      Delete
    4. Nya ada reviews brg rumah, reviews website. Kita boleh di pilih Dan apply di Sia.

      Tok website ya. https://app.intellifluence.com/

      Delete
  2. slmt pg
    pg2 dtg singgah umah baru he hee
    cantikkkk
    akak entah la bila nak tukau baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehla kak.. boring dh mengadap yg lama tu.. ada masa skrg boleh la cat2 sikit 😅

      Delete
  3. alhamdulillah murah rezeki walaupun dapur tak berasap..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-korea-taxi-driver-2021.html

    ReplyDelete
  4. Murah rezeki. Datangnya bersusun macam sudah diatur. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak dr pg sampai ke mlm rezeki masuk.. alhamdulillah

      Delete
  5. Alhamdulillah...
    Rezeki lagi meriah dari dapur berasap nih...Hihihi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..macam macam rezeki dapat bila hari dapur tak berasap. Kacak blog kakmim. Ceria dengan flora :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form