First Time Beli Novel Di Shopee

Selalunya setiap hujung bulan, rutin kami anak-beranak akan ke MPH atau Popular untuk cuci mata belek-belek buku. Masuk bulan ni dah 2 bulan tak menjenguk MPH atau Popular. Gian pulak nak koyakkan plastik novel, pastu nak cium bau buku baru. Bau buku yang baru ni lain macam tau! Nasiblah sebelum puasa hari tu beli lebih daripada 1 novel boleh jugak cover untuk bulan Mei. 

Sekarang terpaksa baca novel lama dulu sementara order novel baru di Shopee. First time saya beli novel dari Shopee ni. Kalau di kedai, saya akan belek-belek dan baca semua sinopsis novel dulu baru decide nak beli yang mana. Nasib baiklah di Shopee pun ada sinopsis. Boleh baca-baca dulu semua baru add to cart. Dari malam tadi asyik add to cart baru pagi ni confirm order.

Untuk julung kalinya beli buku di Shopee saya beli 3 buah novel. Cukuplah kot. Usha-usha jugak di FB, tapi entah kenapa terasa lebih dekat dengan Shopee. Hahaha! Lepas ni nak cari novel prelovedlah pulak. Angan-angan dah ada dah tu.


Saya try jugak baca e-book tapi tak feel pulak. Mengada sungguh lahai.


 

21 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. novel kat shopee murah kalau waktu sale lagi berbaloi borong banyak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kurang alert dgn sale di shopee.. bukak shopee kalau ada benda nk carik je.. hehehe.. nnt boleh la cuba beli lg

      Delete
  2. Betultu... lain macam bau buku baru hahahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aura tu lain bila cium bau buku baru.. haha

      Delete
  3. tak pernah beli buku lagi kat shopee. lg pon saya ni kurang minat membaca.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. xpe xpe... lelaki selalunya suka beli gadget dr shopee

      Delete
    2. gajet pon saya kurang berminat, hp yg ade pon guna jer lah selagi boleh digunakan... hahahah

      Delete
  4. Saya kalau dh mula baca novel...selagi tak abis selagi tu la tak buat keje lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb tu sy baca sebelah mlm je skrg... hehehe.. kalau ngntok tido je trs

      Delete
  5. Membaca jambatan ilmu. Semoga bermanfaat apa yang dibacanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca novel utk hiburan semata ni 😅😅

      Delete
  6. novel he he kalu dulu suka jga skrg tiapkali pegang novel je mata mula la. layu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah kak.. sy pn mudah jgk mcm tu skrg 😅

      Delete
  7. Beli time sale memang murah teruk kakmim. Saya biasa beli dekat karyasenishopee. Memang murah, 2 novel RM6 sahaja hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik2 psni kakmim follow shop tu.. tq infonya ☺️☺️

      Delete
  8. Dah lama tak baca novel . Dulu selalu juga beli

    ReplyDelete
  9. k ret skrg ni klu baca novel suka yg lite2 cara penyusunan ayat dalam sesebuah novel..
    senang kata, suka mcm novel2 yg jalan citer x merapu2 ahhaha pastu tulisan besar2...
    n x nak yg terlampau tebal...

    tulisan pun memainkan peranan gak ni untuk menarik minat membaca :D

    ReplyDelete
  10. Best dapat bau buku baru tu. Ye kakmim, kurang feel baca e-book. Apapun selamat membaca :)

    ReplyDelete
  11. Ha ah, baca kat hp, feel kurang sikit, plus pening la baca lelama sgt.. Lelagi kalau tak sabar nak habiskan sebuah novel tu .... tetap kena pegang real punya... Kann

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form