6.6 Flash Deal di Photobook World Wide!

Ehem! Benda yang dicheck out beberapa minggu lepas dah selamat landing di Bumi Kenyalang hari Jumaat hari tu. Tadaa..!



Ada 4 photobook semuanya

Tapi ada kualiti gambar nampak gelap sikit kali ni. Tak tau kenapa.. tengok gambar dekat henfon okay je. Ya.. saya ambik gamba guna henfon je pastu upload je dalam apps Photobookww ni. Ada yang saya edit, ada jugak tak. Sebab tu cikgu smart photography saya cakap dulu pentingnya lighting semasa nak snap gambar supaya dapat mengurangkan keja-keja pengeditan. Chewah.. jangan marah. Saya share ilmu yang cikgu bagitau je.

4 buah photobook dengan 3 saiz yang berbeza ye. Yang ni yang paling besar, saiz 11" x 11"


Gambar adik beradik IMAN ni saiz 8" x 8"

Photobook adik-beradik MFBN ni pulak saiz kecik je.. 6" x 6"

Ini pulak gambar konvokesyen Awan, pun saiz 6" x 6"

Dan yang bestnya, hari ini 6.6 photobookww ada buat flash deal + free shipping!! Free shipping tu yang menarik sebab postage memang berapi sikit walaupun servis mencetaknya agak murah. Sesiapa yang nak try tu, boleh kot buat photobook raya 1. Download app photobookww di Playstore dan masukkan code tu.

Cuma saya nak pesan 1 je.

Maksimum untuk print photobook ni 20 pages je.. means ada 20 gambar terbaik je tau! Kalau lebih dari 20 gambar harganya dah tak sama seperti yang tertera. So jangan syok sendiri ye, selalu alert tengok berapa gambar dah diupload. 

Kenapa saya pesan awal-awal macam ni? Dulu ada la kawan-kawan kata diorang kena spam sebab diorang buat mahal je takde lah murah macam yang saya cakap. Dia jadi mahal sebab dah lebih dari 20 keping gambar! Lain kali baca la betul-betul 🤭🤭 saya tak bersalah sebab saya print memang dapat harga murah ☺️☺️

 Baca juga:

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Banyak buat album. Rajin ambil gambar.

    ReplyDelete
  2. menarik kak mim :)
    boleh la buat album kawen yg lain2 tu hehee

    ReplyDelete
  3. banyak gambar dlm henpon entah bila nak buat camni

    ReplyDelete
  4. Puas hati dapat buat photobook begini. Saya hari tu dah intai-intai dah... nanti nak buat juga :)

    ReplyDelete
  5. Yeay! Sampai dah..excited tengok gambar gambar dah masuk dalam photobook. Boleh membelek² selalu :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form