Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ni dekat je dengan rumah saya. Tempat kerja mak dulu. Sebelum ni memang setiap petang ambik mak balik kerja. Memang berubah terus layout indoor stadium ni untuk dijadikan PPV.
Semua ruang indoor stadium luar dan dalam digunakan sepenuhnya. Sampai jer memang akan jumpa infographic ni dulu.
Clear sangat infographicnya. Tapi kalau kita sampai pun memang akan ada petugas (RELA & sukarelawan) yang akan assist kita. Tak sempat nak blur semua persoalan terus terjawab.
Di sepanjang laluan nak ke area no 3 ni memang dah siap susun kerusi plastik hitam ni, dengan penjarakan fizikal sekali. Smooth jer perjalanan saya sebab takde orang, Kalau orang ramai penuh kot kerusi ni orang tunggu giliran untuk divaksin.
Ni nak ke area vaksin. Lepas tu saya simpan dah henfon,
Masa divaksin tu pun kata orang Sarawak, mojor joros jak semua. Alhamdulillah dipermudahkan. Dapat staff nurse Melayu, siap baca Bismillah lagi.
Lepas selesai cucuk, kita kena duduk di observation area tu dulu sebelum kena panggil. Lepas dalam 15 minit macam tu nama pun dipanggil dan nurse bertugas terangkan apa yang kita perlu buat jika ada side effect lepas vaksin. Then dia bagitau bila tarikh temujanji untuk dos ke-2 pula. Ada 1 kad dan salinan consent form yang dia bagi untuk kita simpan dan kena bawak masa pergi untuk cucuk dos ke-2 pulak nanti.
Kad vaksin & consent form.
Dalam MySejahtera akan terus updated jugak. Lepas tu ada lagi 1 link pemantauan yang kita kena submit selepas 24 jam. Yang tu saya dah selesaikan pada hari Selasa yang lalu, jawapannya semuanya "Tidak". Tapi kalau ada effect tu jangan tipu kenalah letak "Ya".
Selesai je semua saya bagitau dalam whatsapp grup famili. Bapak tanya, gambar mana? Adoi, gambar takdelah pak. Sorang-sorang macam pelik pulak nak selfie. Dah lah memang takde orang langsung. So saya takdelah gambar pegang props "Saya sudah divaksin" tu. Hihihi.
Mak dan bapak saya dah selamat dos ke-2 mereka hari Sabtu yang lepas. Ya, mereka batch Pfizer, sama dengan Encik Suami. Nampak gaya ada 3 bangsa vaksin berbezalah dalam keluarga kami.
Bagi yang belum dapat temujanji untuk vaksin tu, bersabarlah ye.
Insya Allah lepas ni dapatlah temujanji tu.
Chill-chill ajer ok.
alhamdulillah :)
ReplyDeleteSyukur :)
DeleteAlhamdulillah, dah selesai dos pertama. Seronoknya situasi di sana tak ramai orang masa Kakmim pergi.
ReplyDeleteTgk gamba org ms weekend ramai jer
DeleteSemoga terus sihat selalu. Mak saya baru divaksin hari ini.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. monitor ye 48 jam
DeleteSaya belum..hihihi
ReplyDeleteMak saya in sha Allah esok setelah beberapa kali mak minta pospon sebab takut
Semoga dipermudahkan esok kak
Deleteberpandu gambar, tak ramai orang kat sana eh?
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletesaya belum lagi
Alhamdulilah...
ReplyDeleteKak ret tengah frust ni sebab tarikh 2nd dose x dapat2 lagi huuuuwaaaaa
tahniah mim dah vaksin. alhamdulillah xde side effect yg teruk. mama ada baca sinovac ni bagu cuma mesir belum iktiraf lagi utk jemaah haji
ReplyDeleteSaya inject astrazaneca nanti. Nervous plak sebab takut jarum. Harap makin ramai divaksin, makin cepat imuniti kelompok dpaat dibentuk
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Sha masih menanti tarikh temujanji lagi.. huhuhu..
ReplyDeleteAlhamdulillah semua urusan dipemudahkan. Untung juga dekat dan tak ramai orang.
ReplyDelete