Throwback Thursday: Birthday Imran Mudzaffar ke-7 Tahun

Entri yang terlewat. 
Tak dan nak buat entri masa awal puasa dulu. Dengan sibuk sekolahnya, Ibu sibuk kelas, jarang sangatlah nak update blog ni.


Tahun lepas birthday Awan masa PKP. Tahun ni masa bulan puasa pulak. 15 April 2021 masa tu kita baru je 3 hari kita berpuasa. Hari itu lah Awan atau Imran Mudzaffar ni genap 7 tahun. Dah besar dah anak ketiga Ibu ni. Dulu masa baby, Awan lah yang paling putih, paling bambam, rambut golong tapi masa keluar dia yang paling kecik antara semua adik-beradik, tak sampai 3 kilo pun.  Sekarang Awan dah darjah 1 dah. Cepat sangat masa berlalu.

Tak tempah customised cake pun. Beli je favourite cake Ibu di Taka, semestinya Chocolate Fudge. Actually saya lebih suka Choc Fudge Taka daripada yang Secret Recipe. Memang old time favourite! 


Kawan-kawan Ibu dan student Ibu panggil Awan ni 'budak suka senyum'. Hehehe. 


Semangat nak tiup lilin nan sebatang, cukup sekadar syarat je. Sebab lepas tu semua akan tiup bergilir-gilir. Hahaha. Biasalah budak-budak ni setiap bulan kena tiup lilin kalau ada birthday.


Usu diorang order cream puff. Ni bukan favourite Ibu tapi okaylah sedap jugak cream puff bakebyhawa ni.


Macam biasalah memang dah trend Ibu Ayah takde bagi hadiah masa anak-anak birthday. Selalunya kalau rasa nak shopping untuk #theIMANs kami akan beli. Tak semestinya beli masa birthday je. Sebab Ibu Ayah pun tak dibiasakan oleh nenek atok diorang dapat hadiah masa birthday. Begitulah...

 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hepi belated besday Imran... seronok dia nk tiup lilin heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq auntie ret.. xde lilin x sah budak2 ni.. haha

      Delete
  2. happy belated birthday iman. uncle doakan semoga iman membesar dengan gumbira dan menjadi orang yang berguna. berbakti kepada kedua ibu dan bapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Birthday awan aka imran ni uncle.. hehehe.. btw tq atas doanya

      Delete
  3. Happy belated birthday Imran @Awan. Manis senyuman dia. Suka senyum, bagus dia :)
    Semoga Imran membesar menjadi anak yang soleh dan menjadi manusia yang berguna. Aaaminn...

    ReplyDelete
  4. Hepi belated birthday Awan. Semoga membesar jadi anak soleh dan berbakti pada ibu bapa

    ReplyDelete
  5. Happy belated birthday Imran..
    semoga menjadi anak yang soleh.. Aamiin..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form