Terung Goreng Tepung Bestari

Hari tu sebelum Sarawak mula PKP saya beli jugaklah stok sayur-sayuran agak-agak untuk beberapa hari. Beli kobis, labu, terung, timun. Semua yang jenis boleh bertahan lama sikit. Kalau sayur-sayur daun paling lama pun 2 hari je simpan sebab saya tak suka sayur daun lembik. Dah simpan dalam tupperware pun takdelah sesegar mana pun. Tak taulah silapnya di mana. Ok lagi kalau saya buat cara tradisional mak-mak buat, bungkus dengan surat khabar lama baru masuk peti.

Beli terung pun sebijik sebab suka tengok segar je terung tu. Tapi tak tau nak masak apa. Nak masak kari ke sambal ke kicap ke. Last-last buat goreng tepung jer.

Dah 2 hari dah nak berkedut dah terung. Baik ditepungkan terus.

Basuh terung dan potong serong. Agak-agak jangan terlalu nipis, jangan pulak terlalu tebal.

Saya suka sangat tepung Bestari ni memang cukup rasa. Tambah air je tapi saya letak jugak tepung jagung sikit.


Tadaaa.. siap sudah terung digoreng tepungkan. Mula-mula sombong bebudak rumah ni takmo makan terung goreng ni. Pastu bila dah rasa satu terus nak lagi dan lagi dan lagi. "Rasa macam cendawan gorenglah, Bu!" Haa itulah Ibu dah cakap awal sedap tak percaya.

Kalau kat Sushi King dalam set bento ada kacang panjang tempura. Yang tu tak best, tak suka pulak rasa kacang panjang tu.

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. sedap terung goreng tepung ni, sedap juga kalau buat sambal..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat umh mak mmg akn disambalkan terung ni sebab bila mkn ramai² lg best... budak² yg bersambal mmg x suka sgt.. itulah kena ikut taste diorang jgk

      Delete
  2. sedap tu terung goreng tepung bestari

    ReplyDelete
  3. sedap tu terung celop tepung bestari

    ReplyDelete
  4. Menarik gak nak try sebab kalau cendawan goreng memang sedap

    ReplyDelete
  5. idea yang menarik ini kak mim.. Sha pun suka makan terung tapi sellaunya masak sambal ataupun kari.. Buat macam nie pun sedap juga ini.. Kena cari terung juga nie.. hahaha..

    ReplyDelete
  6. Saya pun membeli stok sayur tahan lama je PKP ni. Tak tahu nak masak apa, kadang saya bakar je terung atas api dapur, sedap pun sedap. Buat ala tempura goreng macam ni pun sodap :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form