Snek Dahfa Goreng

Tahun ni saya takde buat kuih raya! Biskut takde, kek pun takde! Semuanya order ala kadar je mungkin sebab dah tau kita tak boleh beraya macam dulu-dulu. Redha.

Tapi kan gian jugak nak bermain dengan oven sebenarnya cuma seru nak melapis kek je tak kunjung tiba. So pagi tadi sebelum merendang saya buatlah stok jajan untuk #theIMANs. Tetamu wajib nanti tak lain dan tak bukan mestilah #theIMANs. Kah! Kah!

Senang sangat jajan yang saya dah buat tadi. Janji dapat bermain dengan oven kan? Hihi.

Apa yang kita perlukan untuk buat jajan dahfa goreng ni mestilah dahfa. Takde lain dahfa je tapi kena beli yang jenis fillet tu. Kalo yang halus-halus tu tak best sangat.


Ingat tau kena beli dahfa jenis fillet ni pastu bolehla gunting ikut kreativiti sendiri.


Saya potong segitiga je. Sonang.


Lepas siap potong boleh terusmasuk oven, bila dah keperangan tu bolehlah angkat. Jangan sampai hangit tau!


Dahfa goreng siap! Boleh dah untuk dihidang.

Amacam? 

Kalau boring pi lah buat untuk kunyah-kunyah layan Netflix di hari raya. Hehehe. Anyway, selamat hari raya ye! Tahniah kepada kita semua yang akan meraikan hari kemenangan kita setelah beribadat selama sebulan di bulan Ramadhan. Marilah kita mensucikan diri kembali kepada fitrah di bulan Syawal. Insya Allah.

5 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. saya x pernah dengar nama Dahfa tu..
    kalau x diberitahu sy akan ingt tu papadom..

    ReplyDelete
  2. Menarik idea ni kak. macam tortilla buat nachos gitu. Bolehlah cuba kot boring kerepek lain kan. TQ share idea kak. Saya pun nan hado biskut kuih raya. Masak rendang je sudah :)

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  3. boleh lah buat kunyah2 masa tengok tv nanti

    ReplyDelete
  4. Sha tak pernah jumpa yang bentuk gini.. selalu yang halus-halus tu je.. feveret tu senk ini..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form