Shopping Raya Musim Pandemik

Ouch! Tajuk gempaq tapi takdelah shopping sakan sangat pun. 
Dari semalam dah Ayah IMAN ni ajak pergi Aeon.
Orang tua ni kalau dah kata nak pegi tu memang selalu 'kejeron'.
Haa.. ingat ke dak "kejeron" tu apa?
Hihi.

Ayah IMAN nak shopping barang raya #theIMANs je sebenarnya.
Walaupun tahun ni macam tahun lepas jugak, ibarat tak raya.
Tapi keperluan budak-budak ni kena diadakan.
Biasalah, raya ni budaklah yang paling happy.
Lagipun diorang semua berpuasa.
Mestilah ada bonus untuk mereka.
Walaupun ala-kadar je, tapi bila dapat barang baru confirm diorang happy.

Memandangkan kes Covid 19 ni masih tinggi kat sini memang tak berani nak bawak #theIMANs ke shopping mall. Caranya guna kaedah dulu-dulu je lah. Nak beli kasut, awal-awal lagi Ayah diorang dah potong straw untuk ukuran kaki diorang. Kakak jer tak sebab Kakak saiz dewasa dah, dah senang nak pilih.

Tadaaa!! Inilah straw ukuran kaki budak bertiga tu.



Caranya senang je.. buat jer macam ni. Tak tau nak beli selipar ke sandal. Kita tengok saiz dulu.


Ini tak muat ni, tengok straw tu pendek daripada sandal.


Beli seluar jeans anak, Encik Suami siap bawak measuring tape lagi! Kalau saya memang beli ikut saiz je umur je. Malas nak ukur-ukur. Haha!


Dah setel barang-barang anak, dia pulak shopping. Saya tukang tengok je. Weekend kan plastik kena bayar kat Aeon nasib baik sempat bawak beg sendiri tadi. Tapi untuk kasut terpaksa jugak sedekah 20 sen kat Aeon.


Begitulah hujung minggu kami. Lama jugak tak menshopping. Setel di Aeon, si dia ajak ke Parkson pulak, di shopping mall yang lain tapi kami tak zohor lagi. Seram pulak saya nak guna telekung Aeon. Lelaki senanglah. Saya tak plan pulak nak keluar sampai petang so memang tak bawaklah telekung dari rumah. Nasib baik dia okay saya ajak balik. Hihihi.


 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Brilliant betul method pakai straw Kakmim tu 😊

    ReplyDelete
  2. Haaa... sy pun jenis seram nak guna telekung surau, seram campur geli, lagilah kalau baru lepas digunakan.

    Seronok budak2 dapat baju dan kasut baru

    ReplyDelete
  3. dana pun tak beli lagi barang untuk Aiyan, malas nk keluar ke mall musim covid nih... ingat nak suruh papa nya yang belikan je

    ReplyDelete
  4. selain straw ada org guna tali...

    ReplyDelete
  5. Musim covid ni tak best naka shopping. asal orang ramai je dah mula rasa gelabah nak balik. senang guna kaedah potong straw ikut saiz kaki. shopping next trip pulak kak :p

    ReplyDelete
  6. Yela kan, walaupun kita takde mood raya, janganla budak-budak kita biar takde mood jugak. Tengok diorang hepi kita boleh tumpang sekaki

    ReplyDelete
  7. bila raya tkleh ke mana sgt so tkde la nk shopping mn lgpn dh byk thn pakai apa ada je...cuma utk ank je la belikan bj raya..bdk2 ni die sronok la bila dpt bj raya baru walaupun tkbole nk beraya sgt

    ReplyDelete
  8. aahhh macam tu pulak cara sukat kaki untuk kasut. menarik, boleh try ni. nda terfikir pun mau buat macamtu heheee

    ReplyDelete
  9. jadi tak seronok nak membeli bila tak boleh bawa anak-anak.. semoga covid19 ini cepatlah berlalu pergi..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form