Salam PKP 3.0 buat sahabat blogger di Melaya sana.
Kami di sini masih lagi PKPB tapi dengan SOP yang diperketatkan. Lebih kurang je dengan SOP PKP 3.0 kan?
Jadual BDR yang terkini pun dah keluar semalam.
Seminggu sekali je masuk ofis, selebihnya BDR.
Harap-harap dengan SOP terkini ni orang ramai insaflah ye.
Kes positif memang takde trend menurun sekarang.
Sana sini dengar orang positif C19.
Kluster pun bertaburan dah.
Nampak sangat hari tu beraya sakan.
Sekarang terimalah padahnya.
Masalah yang tak bestnya,
Orang yang tak beraya, yang jaga SOP pun terpalit sama.
Tak semena-mena jadi close contact, PUI atau PUS.
Hmm..
Rasanya tahun depan pun masih lagi kita hidup dengan Covid 19 ni.
Bertabahlah semua.
Kita masih belum menang.
Tapi kita mesti menang!
Jom kita self-lockdown famili masing-masing.
Kita jaga kita.
Kita jaga famili kita.
Stay safe, stay healthy, stay vigilant.
keliling rumah k ret dah PKPD... pening sbb kita kat tgh2 ni..
ReplyDeleteBertabahlah kak ret.. yg penting kita jaga kita.. keluar bila perlu je skrg
DeleteTang kena buat swab test 14 hari sekali je tu tak sama. Geram kan, sebab orang lain tak jaga SOP, dengan kita2 kena sekali
ReplyDeletebila ada manusia yang pentingkan diri dan menganggap covid19 ini satu agenda hingga menyebabkan orang lain menderita, memang rasa sakit hati sangat.. dekat tempat Sha ini masih ramai yang tak ikut SOP.. huhuhu
ReplyDeleteRasanya semua fasa PKP sama je sekarang ni.huhu..pening sudah. Harapnya insaflah mereka yang masih anggap covid ni tak bahaya. Marilah kita stay home self lockdown dan bertabah.
ReplyDeleteya betul Jom kita sama sama self-lockdown famili masing-masing :)
ReplyDeleteSemoga terus sihat-sihat sahaja. Kekalkan amalan hidup sihat.
ReplyDelete