Rezeki Dari Jiran Belakang Rumah

Petang tadi masa Iman angkat kain di jemuran di belakang rumah, jiran belakang rumah pass sebotol popcorn untuk Iman dan adik-adik. Ini kali kedua dah jiran yang kami tak kenali tu bagi Iman popcorn. Dulu masa bulan puasa dulu pun dia pernah bagi jugak. Kelmarin saya bagi sebakul 'buah engkalak' kat diorang. Buah engkalak yang ditanam di belakang rumah nenek, meang banyak sangat nenek bagi masa balik berziarah rumah nenek raya pertama hari tu.

Orang memberi kita merasa. Kita memberi orang pun dapat merasa.
Adat berjiran kan?

Actually jiran baharu ni baru jer start menyewa rumah di belakang kami tu awal puasa hari tu. Saya pun tak pernah lagi berkenalan cuma senyum-senyum jer dari jauh, angkat-angkat tangan. Jauh jugak kot nak bersembang. Terpaksa bukak gate belakang jugak kalau nak proper.. takkan nak terjerit-jerit bersembang.

Lepas ni nak skodeng whatsapp group lorong belakang di handphone Ayah IMAN. Ayah IMAN je ada diadd dalam group lorong belakang tu. Manalah tau kan ada info pasal jiran tu.

Iman cakap tadi kalau nak beli popcorn, auntie tu pun ada jual dia cakap. Baiklah. Nanti kita order.


Oh ya, duit raya pun dapat jugak. 
Rezeki #theIMANs kan?




 

8 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Best kalau dapat jiran yang baik dan prihatin.

    ReplyDelete
  2. sedap popcorn jenama Engs tu kak, dana pun pernah beli....
    bagus jiran ni pandai bergaul,moga dapat berkenalan ye kak

    ReplyDelete
  3. best dapat jiran yang baaik2 mcm ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..rezeki dapat jiran yang baik. Sedapnya nampak popcorn tu kakmim. Sekali dapat duti raya. rezeki anak anak :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat jiran yang baik. Kiranya rezeki juga tu.

    ReplyDelete
  6. Nanti covid dah habis boleh la berkenal-kenalan. Sekarang borak dari jauh jela

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form