Nom Nom Nom

 Rasa hati nak jer sambung puasa 6 hari ni tapi sebab Encik Suami ada kat rumah nanti dia cakap tak best nak makan kalau saya tak makan. So saya tak puasa. Rilek sehari. Hihihi. Boleh pulak macam tu kan?

Memandangkan hari ni cuti umum, semalam lagi saya dah prepare nom nom nom untuk hari ni. Biasalah bila hari semua ada kat rumah memang makannnnn jer kerjanya. Budak-budak pulak jenis aktif dan sedang membesar memang asyik lapar jer kerjanya. 

Ni saya rajin snap-snap lepas main masak-masak sorang-sorang semalam.

Ini haaa.. kek batik yang 15 minit je nak buat tapi berbulan-bulan pemalas nak buat. Buat semalam tapi potong hari ni untuk kunyah-kunyah hari ni.

Rendang ayam nak buat peneman makan dengan ketupat. Makanan yang bernama rendang ni lepas masuk jer daun limau purut memang semerbaklah bau aroma rendang 1 rumah. Masak semalam untuk bekfes pagi ni sebab bila bermalam memang lagi lagi lagi sedap.

Ketupat lemak yang diorder masa raya hari tu. Sengaja order banyak sebab nak buat frozen. So semalam dah kukus balik untuk santapan bersama si rendang ayam.

Breakfast like a king di pagi cuti umum. Kueytiaw goreng tauge dan ketupat cicah rendang ayam.

Ini pulak lauk buka puasa semalam. Sotong kicap, sawi tumis belacan, rendang ayam, apam balik dan kurma. 

Tengah hari ni tak lunch lagi. Konyang lagi. Nanti malam baru masak, lepas ni kalau lapar makan jer apa yang ada. Rendang ada lagi, #theIMANs asyik makan kek batik. Saya pulak dari semalam tekak nak makan kek lapis raya. Dah keluarkan dari peti sejuk pasni kita beraya di rumah sendiri pulak. Hihihi.

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Hehe.. rajin kakmim buat kek batik. Rendang pun. Takpe cuti sehari. Esok bole sambung posa enam balik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila gian nk beraksi di dapur begitulah nur.. hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah wak boleh la buat mkn famili kecil sy

      Delete
  3. Mengancam segala juadah kakmim. Bila ramai kat rumah, macam macam kita terajin nak masak :)

    ReplyDelete
  4. Cantiknya anyaman ketupat tu Mim.Saya belum pernah belajar lagi yang macam ni.Menarik,tapi kat KL ni mana nak cari daun kelapa .Raya hari tu pun sehelai seringgit daunnya.Tapi kalau ada jual nak beli juga walaupun 10 helai Hihihi

    ReplyDelete
  5. lama tk buat kek batik...mcm2 menu tu

    ReplyDelete
  6. Tahun ni punya raya, Mmm entahlah, tak tau nak cakap..

    ReplyDelete
  7. sedapnya ketupat lemak dan rendang.. kek batik lagi.. memang betul-betul breakfast king nie.. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form