Hari ini dah bermula PKP di Sarawak. Nak follow federal untuk total lockdown pun tak pasti lagi. Belum ada khabar berita lagi dari Pak Menteri. Apapun kita tunggu besok manatau ada berita terkini. Hari ni MKN negeri baru keluarkan senarai perkhidmatan perlu yang boleh beroperasi dan tak boleh.
Dibenarkan.
Tak dibenarkan.
Apapun saya memang dah ready mental untuk total lockdown. Kalau Sarawak tak follow pun saya akan make sure untuk total lockdown famili saya sendiri.
So apa aktiviti korang hari ni? Hari ni kat Kuching hujan sepanjang hari. Bila lepas Asar baru ada cahaya mentari sikit. Bila cuaca sendu, perasaan malas pun bertamulah ye. Haha! Kita makan jer hari ni.
Bermula dengan breakfast. Alkisahnya memang tak plan pun nak breakfast berat, ingat nak goreng karipap frozen yang seller delivery semalam. Awal pagi bila on henfon dapat Whatsapp dari jiran bagitau hari ni ada mee jawa. Kesian pulak kan kalau tak order. So orderlah untuk breakfast. Tapi mee jawa jiran ni memang sedap. Puas hati makan.
Breakfast kami pada hari pertama PKP.
Lunch pulak memang saya dah order seminggu yang lepas. Itu la gara-gara perang laksa di FB dulu sampai teringin nak makan Laksa Johor. Last makan masa masih study di UPM dulu tahun 2002. Masa tu pergi open house raya kat umah member. Itu la teringin sebab dah lama sangat kan. Kebetulan pulak tengok di FB ada member share kawan dia (orang JDT) open order Laksa Johor. Apalagi saya pun tanpa melengahkan masa terus order. So hari ni tinggal collect je kat rumah dia. Kebetulan lagi area taman seller tu berdekatan je dengan taman kami tu yang rajin self collect. Kalau tak memang tunggu jer lah runner hantar.
Sedap! Puas hati. Cuma sambalnya tak pedas. Hihi. Lain-lain perfect, cukup rasa.
Order 3 set macam ni, hantar umah mak, umah adik. 1 set ni boleh makan untuk 2-3 orang tapi kami boleh makan 6 beranak.
Orang kata kalau bangsa JDT makan laksa pakai tangan ek? Saya tak reti lah tadi makan guna sudu je. Hehehe. Jangan marah ye orang Johor.
Laksa Sarawak sudah, Laksa Penang sudah.
Laksa Johor juga sudah.
Alhamdulillah.
Belum pernah makan laksa Sarawak. Nampak best.
ReplyDeleteLaksa sarawak x pakai ikan.. kuahnya ada campuran rempah dan condimentnya kena ada udang dan ayam.. hihi
DeleteDua dua nampak sangat menyelerakan sebab kuah pekat. Adik ipar saya orang Johor, Kakmim. Memang laksa Johor tu diorang biasa makan pakai tangan. Nak lagi sedap, lepas letak kuah dan sambal tu, letak kicap manis sikit 😊
ReplyDeleteOh no wonder sambal tu manis farrah.. hahaha
DeleteSaya makan laksa Sarawak saja, sebab ada anak ipar orang Sarawak. Laksa Sarawak pun rasanya bagi saya macam mee kari saja, jadi tekak saya boleh terima berbanding laksa Johor dan laksa Utara.
ReplyDeleteUiks.. br penah dgr org x terima laksa utara.. ada org kata x dpt terima laksa sarawak sbb bau rempah
Delete*ralat akak ipar
DeleteWah,teejabak laksa jugak yer Mim..
ReplyDeletehihihi..
Saya jenis yang pemakan & tekak mudah terima makanan dari serata negeri.Tu sebab badan payah nak slim...hihihi
Lama tak makan laksa johor. Walaupun orang Johor jugak, somehow juadah ni kurang popular dalam famili kami. Weekend ni plan nak buat menu JDT, mi bandung. Tengokla tahap kerajinan. Hihi
ReplyDeletepergh!! mengancam sungguh menu PKP kak mim.. hehehe..
ReplyDeleteLaksa Sarawak je saya belum sudah lagi. Sedapnya laksa Johor tu, fav. Dapat sambal pedas sikit tu baru ngam. Saya pun makan pakai sudu je senang :)
ReplyDelete