Tudung Hyat Hijab sedondon ibu dan anak selamat sampai di pangkuan Kakmim pada hari Khamis lepas. Seronok beli dengan PS Fana sebab friendly dan cepat respon. Dia tak treat kita macam customer pun tapi macam kawan!! Sebelum ni pernah beli dengan trusted PS yang lain tapi lambat respon dan skema. Saya kalau orang lambat respon kebarangkalian nak membeli tu memang akan pudar. Tanya hari ni besok baru reply. Hmm.. terima kasih daun keladi je lah.
Hyati Raya ni saya booking bulan Mac yang lalu tapi memang expected date diorang dah bagitau dalam minggu ke-2 bulan April. Biasalah Hyat Hijab memang kena pre-order. Lepas dah release 1st batch barulah ada ready stock tapi selalunya 'penggila' Hyat memang suka tempah awal sebab nak jadi antara orang terawal yang pakai sesuatu design atau dalam komuniti Hyat ni diorang panggil IC. Setiap keluaran memang ada IC tersendiri.
Contohnya raya ni HH ada IC Khadijah, Fateema, Aisyah & Maryam.
Untuk mak
Untuk anak
Cer teka Kakmim ambik IC yang mana? Hihi.
Tak sangka pulak PS Fana bagi banyak gift untuk order raya. Maka mendapatlah kami. Siap dapat face mask lagi.
Kakmim dan Kakak Iman grab ni jer sedondon. Satu IC lagi adik Kakmim dan anak buah Kakmim. Tapi semalam butik dah ada ready stock so tambah lagi 2 IC. Adoi la..
Ehem... ini mungkin para suami patut tahu kenapa kami mak-mak suka tudung cenggini. Sebabnya tudung ni ironless. Senang sangat bila malas nak meng-iron grab je baju ironless dipadankan dengan tudung ironless jugak. Cuma HH ni IC banyak jenis printed so matching sangat pakai baju plain. Yang jenis plain pun ada HH keluarkan cuma sekarang dah limited mungkin sebab masa awal-awal dulu HH dah banyak keluarkan jenis yang plain. Tapi dulu nak beli HH ni kena booking di group FB diorang. Kalau dia cakap akan release 11 pagi haaa kena standby depan pc/henpon untuk taip BOOK je kat komen. Cukup kuota, tak mendapatlah ekau dik. Sekarang ok sikit, HH guna sistem trusted personal shopper untuk ambik order customer. Butiknya ada kat Bangi. Dulu pernah nak pergi tapi malas pulak nak ajak Ayah IMAN. Nanti soalannya beli tudung lagi? 😂 sebab tu senang bila beli online, dia tak tau. Tau-tau dah sampai. Dia nak kata apa lagi? Hahahaha!
Tudung HH ni sebenarnya macam Bokitta, jenis tak perlu pin, main sarung je tapi dia siap sekali dengan inner. Tapi ini produk local, foundernya Kak Yat. Baik Bokitta atau HH ada yang jenis suka pakai saiz kecik so memang singkatlah kat depan. Kalau saya suka pakai saiz M atau L. So depannya boleh dilabuhkan supaya patuh syariah. Takdelah nampak benda-benda yang tak sepatutnya nampak. Encik Suami nak marah pun tak boleh, sebab isteri dressing siap patuh syariah kan?
Harga? Agak kayangan jugaklah tak boleh beli selalu tapi alah membeli menang memakai. Saya anggap self reward je kalau terbeli setiap bulan. Ya! Setiap bulan pasti ada IC terbaru yang akan publish. Kalau takmo beli jangan bukak group HH. Itu je tipsnya kerana racun itu benar ya puan-puan sekalian.
Antara IC yang Kakmim suka sebab matching dengan banyak kaler baju.
Kalau design rare dan hot item, kalo orang jual preloved memang harga boleh mencecah rm500 tau! Gila lah memang taklah nak beli kalau harga macam tu.
Tudung bawal? Pun saya suka pakai tapi kalau bawal saya prefer bukan yang premium. Ada yang jenis berbatu harga beratus-ratus sepasang tu saya tengok je lah. Jangok sangat! Hahaha!
Biar apapun kita pakai, yang penting patuh syariah ye dok? Mahal ke murah ke itu terpulang kepada kita. Mungkin ada orang kata membazir tapi sebagai wanita yang bekerja yang penat-penat bekerja sambil urus rumah tangga, bagi saya membeli barang-barang yang kita suka ni ialah self reward untuk diri sendiri. Lepas penat kerja, kena belanja diri sendiri dulu, saving di Public Gold pun jangan lupa. Ahaks! Semuanya itu kegunaan kita, anak-anak atau famili suatu masa kelak.
Eh, keluar topik pulak dah kan? Raikan perbezaan pendapat ye. Jangan kecam. Selamat berpuasa & berhujung minggu.
Assalamualaikum..
Nyaman di pakey kedak bokita. Kamek Suka bokita. Main rasok Jak sik perlu berpin. Kacak tudung kitak ya. Boleh match ngn macam² tudung.
ReplyDeleteSo far saya belum ada brand tudung favourite lagi. Xpela kakmim, dah penat bekerja reward la diri sekli-sekala. Mahal tapi tahan lama apa salahnya
ReplyDeleteCantiknya tudung Hyati Raya untuk mak dan anak tu! Nampak lembut, manis menawan si pemakainya.
ReplyDeletesy pula prefer bawal plain hehe
ReplyDeletesy pun pakai bawal tp kalau rajin iron.. hihi... shawl je lama dh x pakai
DeleteSenang pakai tudung style macam ni. Pulak tu ironless. Memang kaum perempuan suka sangat. Ala, tak dapat nak teka lah kakmim. semua macam cantik je. Berkenan pulak dengan tag dia tu :)
ReplyDeleterambang mata... kena kontrol nafsu membeli di bulan puasa ni.. hehehe
Deletewahhhh cantiknya kakmim pakai!
ReplyDeletetq... hihi... jom cantik sama²
Deletemeriah la raya kakmim tahun ni, ade banyak tudung raya... hehehe
ReplyDeletetudung keja ni... hihihi... dah pakai untuk pi keja dh
DeleteOrang rumah saya baru² ni dapat cabutan bertuah tunai RM1000 setelah berbelanja kira² RM300 membeli tudung di butik bawal
ReplyDeleteAmboi!! Bestnya!! 1000 pulak tu... memang berbaloi-baloi lah investment kt butik tu.. tahniah kt org umah encik fairus
Deletecantiknya kak mim..khadijah midnight tu..ada 2 ton :)
ReplyDeletekan?? kakmim dah grab 1.. hihihi
Deletecantiknya.. siap boleh sedondon..
ReplyDelete