Throwback Thursday: Tentang Imran Mudzaffar

Hari ini 15 April ulang tahun ke-7 anak Ibu yang ke-7 tahun. Happy birthday, Imran Mudzaffar! Atau nama glamernya "Awan".


7 tahun yang lalu, 4.54 petang lahirlah Imran Mudzaffar ke dunia, tapi saat gambar ini diambil masih lagi di LR sebab tunggu katillah kot.


Hari tu ada yang tanya macam mana boleh dapat nama Awan?


Dulu-dulu masa kecik Imran ni ada pelat sikit. Dia tak susah nak sebut "R". Mula-mula tu dia bahasakan diri dia Iwan (Imran). Abang dia (Irfan) masa di taska cikgu-cikgu dan geng taska semua panggil dia "Abam'. So terlekatlah panggilan "Abam" kat abang, Iwan pulak auto tertukar jadi "Awan" di kalangan adik-beradik. Bila Idlan pulak lahir, automatik panggil dia "Alan" so semualah bermula dengan vokal A, Abam, Awan & Alan. Hehehe.


Masa di taska dulu, Awan ni cikgu panggil Dekwan dan bila Alan register taska yang sama, cikgu panggil dia Deklan. Dulu masa semua kecik, diorang 5 sepupu ni 1 taska. 2 lagi anak adik Kakmim. Memang sumber pendapatan utama taska lah anak kitorang untuk beberapa tahun tu. Hahaha. Bila dah cikgu-cikgu best, baik of courselah malas nak tukar sana-sini. Diorang dah tak stay taska bila semua dah masuk 4 tahun sebab bila 4 tahun dah hantar semua diorang ke PASTI ambik pakej pagi sampai petang. Begitulah bila mak bekerja.


2016 - sambut birthday ke-2 tahun di taska


Kek Didi & Friends


Kawan-kawan di taska.


Eh, throwback ceta taska pulak. Padahal hari ni birthday Awan. Tahun lepas pun birthday Awan masa PKP. Kitorang celebrate lambat sehari sebab tunggu Ayah dapat release order (RO) dari kuarantin. Nasib baiklah 2nd swab negative hari tu tapi lambat jugaklah RO keluar, petang baru boleh balik rumah.


Gambar birthday tahun lepas, yang disambut lambat sehari, 16 April 2020.


4 beradik ni, tahun lepas. Thanks to Google Photos. Hehe!



Al-kisahnya Awan ni paling awal 'keluar', 37 minggu dah keluar. Ingat lagi time ni sibuk dengan audit MQA, memang aktif lah ke sana ke sini, naik tangga turun tangga sebab tu lah dia nak keluar awal kot. Masa tu tempat kerja masih jauh lagi, 1 jam driving. Memang banyak faktor jugaklah kenapa Awan nak keluar awal.


Baca juga: https://www.kakmim.com/2014/05/introducing-another-iman-in-family.html


Tahun 2014 ni antara tahun yang tak aktif blog. Memang jaranglah update pasal #anakno3 ni. Kesian dia. Sekali-sekala jer kalau terasa nak update baru update, tapi di IG banyak jugak post pasal Awan ni.


Baca juga: https://www.kakmim.com/2015/04/imran-mudzaffar.html


Itulah bestnya kalau rajin update blog, semua catatan tersimpan kat blog kan? Senang nak throw back balik. 


Baca: https://www.kakmim.com/2015/04/happy-birthday-imran-mudzaffar.html

Baca: https://www.kakmim.com/2019/04/birthday-si-anak-no-3.html



2018 - birthday ke-4 tahun.


Dah nama pun Throwback Thursday, kita throwback je lah ye. Now dah tau ke camne Imran boleh jadi Awan? Hehehe.

6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Hepi besday awan.. hehehe.. ingatkan sebab suka tgk awan atau lukis awan.. heheehe

    ReplyDelete
  2. Happy birthday Imran, abam, awan. Comel nama awan tu. Tertanya jugak macamana boleh panggil awan. Camtu ceritanya 😊

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Imran...comel ngan rambut kinting dia tu...

    ReplyDelete
  4. comel gila 4 ketul ni !! huaa !
    happy birthday awan :)

    ReplyDelete
  5. happy birthday awan.. saya suka panggilan Awan tu, unik

    ReplyDelete
  6. Alahai.. comelnya Awan.. Nama panggilannya sweet..
    Happy belated birthday Imran..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form