Throwback Thursday: Budak Bucuk Masam

 


Gambar 2017
Awan time ni 3 tahun, Alan 2 tahun.
Selalu jer orang fikir mereka berdua ni kembar sebab lebih kurang sama je besar diorang ni. Saya pun tak sangka terberanak setahun seorang. Hahaha! Ye lah orang kata kalau full BF dapat menjarakkan anak rupanya tidak. Makin subur adalah. Kah! Kah!

Geram je tengok ekspresi muka budak berdua ni dalam gambar ni. Agak-agaknya apalah yang si Awan tu cakap dalam hati sambil jeling adik dia yang khusyuk pegang henfon tu??

Rindu tau masa anak-anak kecik-kecik busuk masam ni. Dengan Awan yang suaranya serak-serak basah, Alan pulak time ni gigi masih cantik putih bersih tersusun. Bau pun sedap bila bangun tidur. Hihi! 

Sekarang semuanya dah besar. Dah suka kalau ditinggalkan di rumah saja tanpa perlu ikut Ibu Ayah ke mana-mana. Merdeka kata diorang. Ye lah merdeka main PS4 sampai lupa makan dan minum. Budak-budak ni macam tu lah. Masa cuti dimaafkan, kalau dah start sekolah nanti no way lah.




6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Betul nampak kembar sebab saiz dan rupa pun lebih kurang. Ye, saya pun suka bila anak anak buah bau masam kecik kecik dulu. Dah besar ni, rindu zaman kecik mereka.

    ReplyDelete
  2. Saya juga anak 1st & nd setahun sorang..hihihi.Puncanya sebab lambat nak dapat anak 1st.Rupanya berturut tahun pulak adiknya..Rezeki..Alhamdulillah.Semoga Awan & Alan membesar sebagau anak soleh

    ReplyDelete
  3. memula dulu saya ingatkan awan dan alan ni org yg sama... rupenye tidak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form