Tempah Baju Melayu Ayah

Minggu lepas kami sempat ke India Street beli kain pasang untuk hari raya. Macam tahun-tahun sebelum ni hanya Ayah IMAN je yang akan tempah. Kami yang lain akan beli online je, lagi murah rasanya daripada nak beli kain lagi, hantar tailor lagi. Upah tailor pun bukan murah sekarang. 

Ayah IMAN memang ada tailor dia sendiri, dari bujang sampai sekarang dia memang tempah baju melayu kat Cina tu. Pernah sekali je dia tempah di Bangi Gateaway sebab tak sempat tempah di Kuching. Tahun lepas pun kami sempat hantar ke tailor tu sebelum PKP. Weekend sebelum PKP tahun lepas kami memang dah setel baju raya sebab macam ada instict something akan berlaku dan kebetulan masa tu kat Aeon Mall dah keluar baju raya budak so saya terus je grab. Setel! Ibu dan kakak macam biasa online je lagipun memang ada member jual baju Anggun senang je nak order.

Kalau orang Kuching, mesti tau Wisma Hopoh. Wisma Hopoh ni memanglah takde apa yang menariknya tapi yang menjadi tarikan kat sini ialah di sinilah populasi tailor-tailor yang agak gah di Kuching. Nak buat suit ke blazer ke seluar customised ke baju korporat ke baju nikah ke semua ada kat sini. Boleh je pilih mana-mana kedai. Tapi selalunya kalau kita dah terbiasa dengan tailor tu memang kita akan hantar ke dia je.

Kalau Ayah IMAN memang kedai dia kedai John Benson ni. Husband cakap cina ni buat fitting dan potong je, yang jahitnya orang lain. Tak taulah betul ke tak.

Baju melayu ada macam-macam design kat sini. Belum lagi jubah, kurta, baju batik.. semua diorang boleh buat. 2 orang je yang ada kat sini sebenarnya. Takdelah ramai. 


Inilah dia yang ambik fitting. Bukan John Benson ye, nama kedai je nama tu.


Ni posing apa ni? Adoi la. Haha!


1st time bawak #theIMANs tempah baju Ayah diorang. Alan lah yang paling fokus tengok macam mana proses ukur-mengukur ni. Hihihi.


Laju je tangan dia menconteng sana-sini. Memang pro lah.


Sementara menunggu ini la keja diorang adik-beradik. Mentang-mentang la dah diberi habuan buku sorang satu. 

Korang pulak macam mana? Kalau raya selalunya beli ke tempah? Kalo saya memang dah lama giler tak tempah baju!


 

18 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bagus ada tempat favourite serasi dengan hasil jahitan tukang jahit. Bukan senang nak dapat tukang jahit yang kena dengan keselesaan kita. Senang awal awal dah buat preparation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 tp skrg kakmim dh xde private tailor dh.. hrp beli online je

      Delete
  2. Samalah kita, dah lama tak tempah baju, beli online lagi jimat. Ada kawan yg ambil tempahan dengan harga murah, tapi kain jer dah mahal kat Johor ni. Kalau kain dobo2, ialah.. murah, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yg mls nk tempah... kain yg lawa2 mahal.. upah lg.. baik beli RTW terus

      Delete
  3. Baju raya Kita dah siap kakmim :D

    Dulu2 rajin tempah tapi skrg rasa lagi murah & senang beli siap. Yg tempah pun suami je, macam suami Kakmim juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... semangatnya... setel awal x risau kn?

      Delete
  4. ikut hati nak tempah, tapi malas and nak jimat. haha. beli je online pastu alter

    ReplyDelete
  5. dah semangat raya ni, atie still tak fikir lagi baju raya apa nak pakai cuma fikir ja brapa rm nak letak dlm sampul this year haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nk bg anak buah rm10 pn diorg dh hepi sgt2 tu

      Delete
  6. Sha memang tempah dengan sorang tailor ini.. Dia buat baju tu sedap dan selesa pakai.. Satu family tempah tempat yang sama cuma baju melayu dia buat teluk belanga je.. Mujurlah encik suami pun memang pakai baju melayu teluk belanga.. senang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlu famili sy pn mcm ni.. tp sejak tailor famili tu dh makin senior dan jahitan dah makin x seberapa trs beli online je

      Delete
    2. Senangkan kakmim bila tempah satu tempat je.. Tapi bila dah tak de memang kena beli online jelah.. Kalau kira kos pun lebih berbaloi sebenarnya beli yang dah siap..

      Delete
  7. saya tahun ni nampaknye takde baju raya baru. recycle jer yg lama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Bj thn lps pn sekali jer pakai.. akak mengenangkan anak2 je budak2 biasalah paling hepi nk beraya setelah tamat puasa

      Delete
  8. masih terima tempahan lagi ye kak walaupun dah nk puasa.... biasa kt sini sebelum puasa dah tutup

    ReplyDelete
  9. Kami biasanya tempah. Raya tahun ni tak tempah baju. Baju raya tahun lepas tak sempat pakai lagi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form