Ni kisah semalam. Hujung minggu.. bila Ayah takde di rumah mulalah melepak. Dari pagi tak buat apa pun. Tengok tv jer. Nak masak pun takde idea. Ingatkan nak beli je lauk untuk berbuka paling tak pun kalau malas nak keluar nak order Grab Food je.
Tapi bila petangnya si Awan dan si Alan berpantun dah lama tak makan ayam kari. Ah sudah, bila anak kecik berpuasa macam tak sampai hati tak tunaikan permintaan mereka. Makanya pukul 5 petang baru nak mula berperang di dapur. Nasib baiklah semua bahan cili bawang blender dah ada.. halia serai pun dah ready. Tinggal nak menumis je lagi. Sekarang semangat nak masak kari sebab daun kari petik belakang rumah je. Hihihi.
Kari ayam guna low fat milk jer. Lama tak buat kari guna susu.
Tepat jam 6.30 petang kari ayam pun siap. Sempat nak sedekah rumah jiran. Panas-panas hantar ke jiran sebelah.
Hari ni rezeki dari jiran dan kawan-kawan. Meriah moreh malam tadi. Kami masa berbuka memang carik nasik so kuih-muih makan lepas berbuka dan moreh. Tapi kadang-kadang takde moreh sebab dah tidoq! Hihi.
Grilled lamb & bombolini dari adik
Kuih lenggang, kuih cara berlauk & telaga emas dari jiran sebelah
Bubur pulut hitam dari kawan seperjuangan semasa aktif berPIBG, kak Irina
Alhamdulillah. Setiap hari ada je rezeki dari adik, jiran dan famili. Kita balas seadanya. Tak buat kuih, beli je untuk sedekah, tak beli kuih, apa yang dimasak itulah untuk dikongsi.
Alhamdulillah. Sihat dan baik baik je kakmim. Saya pun hadapi masalah yang sama bila komen guna phone. Tak pastilah apa masalah dia. Memang kena guna PC gak untuk drop komen. kalau tak sesia je komen tapi bila tengok dalam pc xde pun. Ye lah kakmim, kalau anak anak teringin makan tu dan berpuasa pulak tak sampai hati tak tunaikan selera mereka. Last minit masak pun takpe, air tangan mak yang mahal tu. Gerenti sedap awan dan alan kata. Alhamdulillah, rezeki dapat dari mereka yang suka berkongsi rezeki. Rezeki Ramadan ni kadang kita tak jangka. Sedapnya bubur pulut hitam tu. nyum nyum
ReplyDeletehai kakmim. alhamdulillah sihat. perasaan Mak-Mak memang cenggitu kan. tak sampai hati tak tunaikan hehehe
ReplyDeleteSamalam kakmim, kalau komen melalui telefon, bila bukak pc, memang tak ada komen kita tu, unless komen kita di blog kita sendiri. Memang frust gila hahaha. Kita kemain komen, eh eh tiba bukak laptop, tak ada pulaknya komen tuuu.
ReplyDeletelast minit pon sempat buat kari ayam, klu saya last minit telor goreng pon belum tentu. sedap pulak nampak bubur pulut hitam tu.. carik2 kat param di sini xde plak yg menjual
ReplyDeleteAlamak, terliur tengok grilled lamb tu
ReplyDeleteSerius nampak sedap semua juadahnya.. Membuatkan terliur saja
ReplyDeleteLama tau shida x masak kari kak mim..seronoknya byk juadah :)
ReplyDeletep/s: Kak Mim email shida alamat rumah ya! tq
wahhh semua bikin terliur ni hehehe
ReplyDeletealhamdulillah.. sedap2 semuanya..
ReplyDelete