Jumaat lepas cuti umum Good Friday. Hari ini pulak Easter Monday so ada sekolah yang ambik cuti peristiwa. Sekolah Awan cuti peristiwa while sekolah kakak, abang dan Alan sekolah macam biasa. Kalau SK (A) dan PASTI pun cuti peristiwa Easther Monday memang something wrong somewhere dah tu!
Lama Ibu tak hantar Alan ke sekolah sejak Ibu dan Ayah dah tukar syif. So hari ni memandangkan Ibu ambik cuti ganti sebab semalam dah kerja, so hari ni dapatlah hantar Alan ke PASTI. KPI hari ni mesti ke DBP nak beli buku teks Awan sebab ada buku teks yang dapat dari sekolah hari tu memang dah uzur sangat dah. Lepas ni dah takde dah minggu transisi. Dah start belajar macam biasa dah, bakal beratlah beg Awan bermula besok.
Nak ke DBP kan awal lagi, setel hantar Alan ke PASTI baru pukul 7.30 pagi. Kedai DBP pun tak bukak lagi so Ibu tanya Awan nak bekfes apa. Dia request mee kolok putih, mee kolok kat kedai bawah PASTI Alan tak sedap dia cakap. Bukannya tak sedap tapi diorang ni memang tak suka mee kolok kicap. Mee kolok putih ni macam original Chinese style. So Ibu bawak ke kedai favourite diorang. Mee kolok di Sepinang Sari Cafe ataupun Mee kolok Hj Salleh. Baru-baru ni PM Tok Abah pun makan kat sini masa lawatan kerja di Kuching.
Macam biasalah nak makan kat sini memang kena queque tunggu meja kosong. Tapi nasib kami agak baik pagi ni sebab orang belum ramai queque.
Peace yo! Kamek Awan atau nama sebenar kamek, Imran. Hehe!
Kedainya takdelah hipster atau moden. Kedai lama je. Memang dari zaman saya sekolah sampailah dah beranak-pinak sekarang kedainya macam ni je lah. Takde renovation atau extend walaupun customer memang tak putus-putus.
Kami dapat meja depan sekali, meja no 1. Hihihi.
Sementara tunggu order kita selfie lah dulu.
Saya order mee kolok special mee lebih. Order 1 je sebab dah mee lebih kan? Pastu mintak mangkuk 0 dan sharelah dengan Awan. Ibu bagi banyakkkk kat Awan. Habis kau! Hahaha!
Oh, ya apa yang special tu? Kalau order tendon + daging lebih haa itulah special. Walaupun mee kolok Hj Salleh ni glamer kat Kuching tapi tak semua orang suka mee kolok kat sini. Sebab ada orang lebih favor mee kolok kicap. Bagi saya mee kolok kicap tu dah ikut taste orang Melayu. Saya prefer yang putih, macam yang kaum Cina jual. Lepas tu sup kat sini rasanya memang agak berempah sikit ataupun memang diorang ada letak herba, memang rasa lain. Dan rasa sup tu lah sesetengah orang tak suka. Tapi kami sekeluarga suka! Haha! Citarasa masing-masing kan?
Ni masa Tok Abah PM dan isteri makan mee kolok di Sepinang Sari hari Jumaat yang lepas. Gambar takde kena-mengena dengan saya. Dapat dari forwarded message di whatsapp group jer.
Yang bagi souvenir kat PM tu lah owner Sepinang Sari, Hj Salleh. Akhirnya jumpa jugak Tok Abah dengan Hj Salleh, dulu bukan main lagi bagi contoh peniaga mee kolok Hj Saller masa perutusan masa PKP dulu. Hihihi. Nak buat disclaimer, saya takde di tempat kejadian. Hihi!
Tak lama lagi puasa kan? Masa bulan puasa yang best kat sini diorang akan bukak lepas solat terawih. Memang ramailah lepak makan mee kolok lepas terawih. Tapi tu dulu-dululah masa kita bebas merdeka tak perlu hadap norma baharu macam sekarang ni. Tahun ni kalau bazaar ramadhan jadi bukak pun memang takkan pegi lah. Kita kena jaga kita. Kan? Kan?
Oh, jumpa jugak ya Abah ngan Hj Saleh, ingatkan saja buat watak sampingan, hahaha.
ReplyDeleteKat Johor ni, kalau nak makan mee kolok di Hutan Bandar atau kebun Teh. Penjual mee Kolok tu org Sarawak, sedap mee koloknya tapi mgkin dah diubah ikut citarasa org Semenanjung, supnya tak rasa herba tapi memang laku sgt kedainya
Lamanya x makan kat Sepinang Sari...pernah la buat hal banyak kali terbang ke Sarawak on weekend and pekena mee kolok kat sini..sedap...Jumaat amik half day pas tu naik flight pukul 5pm then check in..esoknya pagi- pagi makan kat sini pas tu petang makan lagi...esoknya ahad pun makan gak sebelum pi epot..hahhaa
ReplyDeleteaduhai...kat sini takde pulak orang melayu jual mi kolok.. kena pergi sarawak la ni nak cari mi kolok
ReplyDeleteSegak awan. Kemain rambut smart habis dah tu. hihi. Rezeki tu dapat jumpa orang orang hebat.
ReplyDeleteentah bilalah dapat merasa mee kolok original dari sana. tapi kat semenanjung pun tak pernah rasa. hehe
teringinnya rasa mee kolok yang original, bila lah dapat terbang ke sarawak nun kak oi... kene cari jugakla kedai mee kolok kt semenanjung ni bila teringin
ReplyDeletebaru sekali merasa mee kolok masa ke kuching beberapa tahun lepas. lupe dah rasa dia camne. kene pi lagi lah klu camtu kan
ReplyDeletelama tak makan mee kolok. ya betul tu, kita jaga kita hehe
ReplyDeletennt dtg kuching nak singgah laa... dah try mi kolok yg berkuah tu... tp tak puas hati sebab mcm sikit je mi tu hahahaha
ReplyDeleteteringin nak cuba mee kolok namun belum berpeluang..
ReplyDeleteMee tu nmpak special je semua suka mkn hahahaa..dia mcm mee celup ke cmne kak mim..bertuahnya tuan kedai, PM makan kedai dia hehee
ReplyDeletebetul kan, skrg smua kena jaga SOP.. huhuh hopefully cepat kita kembali mcm dulu
ReplyDeletekedai simple macam ni yang selalunya sedap berbanding kedai hipster. Erk..cmane Imran jadi Awan pulak? Macam karekter komik Cina
ReplyDeletebanyak kali juga makan mee kolok di Sabah, tapi nak juga merasa mee kolok Sarawak!
ReplyDelete