Imran Menang Deklamasi Sajak

Ingat lagi tak sajak bidan terjun yang Ibu buat khas untuk Awan masuk pertandingan deklamasi sajak hari tu? Semalam masa ambil dia balik sekolah, macam biasalah dia akan sengih-sengih tengok Ibu dan bagitau dia menang pertandingan sajak, no 2!! Alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk Imran supaya lebih berani ke depan. 



Baca juga: https://www.kakmim.com/2021/03/dari-ibu-buat-ibu.html


Kalau kakak, memang dia suka pertandingan macam ni. Abang pulak belum lagi join apa-apa pertandingan cuma pernah hantar dia training silat dan futsal. Tapi bila dah pandemik macam ni seram pulak nak hantar dia pergi training.


Awan pulak memang dah awal bagitau Ibu dia nak training silat jugak macam abang bila dia dah umur 7 tahun. Training silat memang masih diteruskan tapi abang yang tak pergi. Tengok FB tok guru pun memang tak ramai yang turun training. Insya Allah lepas ni lah ye anak-anak Ibu.


Inilah video last minute yang Ibu shoot malam tu sebelum tido. Haha! Biasalah budak-budak ni, kita dah suh hafal sajak awal-awal tapi main jer banyak, maklumlah cuti hari tu. Last minute jugak baru Ibu dapat shoot untuk hantar dengan cikgu.



Mak ngah dia cakap, piala naib johan tu hadiah untuk birthday Awan yang ke-7. Tahniah anak Ibu! Teruskan mencuba ya. Ibu akan sentiasa support jika anak-anak Ibu cakap NAK. Kalau dah cakap TAKNAK memang Ibu takkan paksa.

16 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. fuyoooo!! tahniah Imran...
    Bakat terpendam ni.. :D

    ReplyDelete
  2. Wahh tahniah Imran. Hebat dia bersajak. Berbakat sungguh 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq auntie... baru mencuba.. perlu diasah lg bakat ni.. hehe

      Delete
  3. Wahhhh berbakat tuuuu boleh mendeklamasikan sajak, siap menang lagiii. Tahniah imran! :D

    ReplyDelete
  4. tahniah Imran, moga terus sukses

    ReplyDelete
  5. tahniah Imran..nanti thn dpn usaha lg sampai dpt johan ye!

    ReplyDelete
  6. Wah,tahniah Imran & tahniah juga penulis sajak tu..hihihi

    ReplyDelete
  7. Tahniah Imran....mewarisi bakat siapa ni...mesti bakat ibu kan...aunty suka la nama Imran...eh...hehehe

    ReplyDelete
  8. wwow!! bestnyaa Awan pandai bersajak ni.. congratulations !!!keep doing it and good luck tau

    ReplyDelete
  9. pakcik nak ucapkan tahniah pd imran, keep up the good work

    ReplyDelete
  10. Tahniah untuk Imran dan ibunya juga. Selamat berpuasa, Kakmim. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form