Catatan Si Kakak 2018


Godek-godek FB pagi ni tetiba terscroll post tentang si kakak. Si kakak ni memang suka menulis dan menconteng. Nah! Catatan Iman pada 2018! Rupanya ada hati nak jadi blogger terkenal. Hihihi!


Iman antara push factor kenapa saya aktif blogging dulu. Ye lah anak pertama ada je nak diupdate. Sampai member-member blog yang follow sejak saya bertunang, buat persiapan kawen dan sehingga pregnant teruja nak tengok baby bump saya masa 2009! Mungkin sebab tu lah kot Iman pun suka menulis. Kalau digilap mungkin boleh pergi jauh sebab sekarang memang dia suka belajar bahasa. Sekarang dia suka belajar bahasa Jepun. Dia ada buku nota vocab bahasa Jepun nya. Saya tanya kenapa taknak belajar bahasa Korea, dia cakap dia suka bahasa Jepun. Tapi saya rasa sebab dia suka tengok anime Jepun. Tu yang sampai nak belajar bahasa Jepun tu.


Ibu Ayah tak kisah anak-anak Ibu Ayah nak jadi apa besar nanti. Nak belajar di Jepun pun Ayah dah bagi green light. Janji pandai jaga diri sendiri. Tapi kakak ni cita-cita nak jadi doktor veterinar. Hmm.. memang tak samalah dengan Ibu masa kecik dulu.

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Bagusnya. Memang minat bena ya. Sebab nya tulis-tulis gik dalam buku. InsyaAllah boleh jak jadi blogger terkenal ya. Chayo chayo kakak.

    ReplyDelete
  2. Menurun bakat menulis dari ibu rupanya si kakak ni. Ikut je apa yang dia minat asalkan tak keluar dari landasannya :)

    ReplyDelete
  3. Hi...jom join GA ni!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  4. Wah, minat menulis juga si kakak! Persis ibunya 😊

    ReplyDelete
  5. dari kecil dah nampak minatnye ke mana.. boleh diasah dan digilap

    ReplyDelete
  6. org yg rajin menulis ni kreatif org nya... mudah-mudahan tercapai cita-cita kakak nak jadi doc. vet ya...

    ReplyDelete
  7. Wah.. menurun bakat ibunya.. Semoga apa jua cita-citanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  8. Inshaa Allah akan mewarisi satu hari nnt kak mim ����

    ReplyDelete
  9. waa... nanti tak lama lagi boleh jadi blogger juga ni.. then klu tak sama.. ibu dulu nak jadi apa?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form