Throwback Thursday: Sakit Penghapus Dosa


Kisah seminggu yang lalu, hari Khamis. Tekak dah mula perit. Hidung asyik berair tapi takde hingus. Nasib baiklah BDR. Setahun tak demam wey!


Macam biasalah bila lamaaaaaa dah tak demam, sekali demam memang tak dapat dimaafkan lagi. Dengan pening kepala, sakit-sakit badan, sejuk menggigil, batuk kering, tekak sakit. Risau sangat demam di kala Kuching ni Covid 19 kes mencanak lagi. 


Nasib mak-mak walaupun demam bekalan anak-anak ke sekolah tetap kena disediakan dengan breakfast sekali. Breakfast sekali bekal paling senang ialah nasi goreng. Tapi tekak sakit takde selera nak makan nasi goreng. Lepas kakak dan abang ke sekolah, Ibu order grab je bubur ayam & laksa Sarawak. Itu jer selera orang demam. Laksa Sarawak order untuk Awan dan Alan tapi Ibu try habiskan, masuk pulak anak tekak. Mungkin sebab bau rempah yang kuat elok je untuk selera orang selsema.


Oh ya, bila demam ertinya bergejala lah kan? Maka Awan dan Alan sengaja dicutikan sesambil boleh juga temankan Ibu di rumah. Tukang ambik air pun jadilah. Tengah hari Ayah balik hantar makanan. Memang tak larat. 


Begitulah cerita orang demam seminggu yang lalu. Hingga ke hari ini masih lagi belum berapa sihat. Mungkin tak cukup rehat agaknya sejak semua #theIMANs dah mula bersekolah.


Simpan sini untuk memori 2021. Alhamdulillah 2020 memang sihat walaupun dilanda pandemik. Doakan saya ya, terima kasih semua.



13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Take care mim..
    Makan ubat kasi cpt baik..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap mee kari tu kak...
    gws kak, moga terus sihat... dana pun lama dah tak demam, kadang tingin nya rasa demam boleh lepak2 tanpa buat keje dan rehat je hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh, Kak Mim.. betullah sakit tu penghapus dosa2 kecil, insyaAllah.

    Tapi, kita mak2 ni demam pun memang macam tak demam, huhu

    ReplyDelete
  4. Sakit tanda Allah sayang.Semoga diberi kesembuhan

    ReplyDelete
  5. Bawa-bawalah berehat ye.
    Kurang rehat agaknya tu, mungkin penat fizikal, mental pun letih juga.

    ReplyDelete
  6. Kalau jaarang demam memang bila kena agak teruk.. Apa pun SHa doakan semoga kakmim diberikan kesihatan yang baik.. Aamiin..

    ReplyDelete
  7. Kmk pun sama. Musim kali nak oh. Ctok kejab hujan, kejab panas. Moga kita sihat-sihat saja hendaknya.

    ReplyDelete
  8. get well soon.. org yg jarang sakit ni, kalau skali sakit..mmg teruk kan..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Penat sangat berkerja tu kot kakmim. tandanya suruh rehat kejap tu. Semoga cepat sembuh. Aaminnn

    ReplyDelete
  10. Memang musim demam, batuk dan selsema sekarang. Saya hingga kini dah 3 hari tak sembuh lagi,tapi tatap pergi kerja.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form