Throwback Thursday: Hari Pertama Sesi Persekolahan 2021

Assalamualaikum sahabat blogger semua!
 Lamanya tak view blog guna PC ni. 
Apatah lagi blog-blog sahabat yang lain. 
Mesti banyak dah termiss kan? 
Insya Allah.. slowly but surely.. nanti Kakmim jenguk ye.


8 Mac 2021 hari tu tetiba SDMC announce sesi persekolahan di Sarawak dah boleh on kecuali untuk red zone. Nasib baiklah barang-barang sekolah semua dah beli bulan Disember hari tu, buku-buku semua dah siap balut. Idok la akak terjebak dengan last minute preparation.


So..
Tak best pulak kalau tak share momen-momen si Awan #anakno3 ni yang baru masuk tahun 1 tahun ni.
Rutin saya dan Ayah IMAN dah bertukar tahun ni.
Kalau sebelum ni Ayah akan hantar abang dan kakak.
Ibu hantar Awan & Alan.
Mulai Selasa hari tu, Ibu hantar abang dan kakak sebab lepas tu saya boleh terus menghala ke ofis.
While Ayah pulak hantar Awan dan Alan dan akan terus menghala ke ofis.
Akhirnya dapat jugak Ibu sampai awal ke ofis, sebelum 6.30 pagi dah ada di parking depan ofis. 
Haha.


Rutin saya bermula jam 4.45 pagi.
Bangun, kejutkan #theIMANs.. masak breakfast dan bekal.
Dah 3 hari dah.. timing memang kena cun,
 kalau terlajak sikit kereta akan banyak, maklumlah semua dah kena drive through je.
Selepas je Subuh semua dah kena bergerak dari rumah.


5.15 pagi dah breakfast dah. Gambar ni semua gambar hari Isnin yang lepas.
Malamnya Awan bagitau Ibu, dia tak sabar nak sekolah.
Memang dipermudahkan semua pada pagi hari Isnin tu.



Hari masih awal lagi so kita group photo dulu sempena hari pertama sesi PdP bersemuka untuk 2021


Bekal-bekal #theIMANs. Hari tu memang tak beli lagi beg untuk bawak bekal.
Tetiba ternampak Kitkat dalam lunch bag ni. 
Apalagi saya rembat 3 terus untuk semua hero saya.



Hari Isnin, saya dan Ayah IMAN memang plan bercuti sebab nak survey² perjalanan ke 3 buah sekolah.
Ni sekolah baru Awan, dia tak bersekolah sekali sama dengan abang dan kakak.
Dan ini pengalaman baru kami jugak dengan pengurusan sekolah lain.
So sekarang dah boleh banding dah pengurusan 2 buah sekolah.
So far pengurusan di sekolah Awan ni memang terbaik.
Cikgu memang semua dah ready.



Budak-budak tahun 1 semua dikumpulkan dahulu sebelum dibawa ke kelas masing-masing.
Biasalah si anak manja Ibu ni dia memang jenis takkan pandang belakang lagi kalau dah ke sekolah.
Di PASTI pun macam tu jugak.
Dia takmo sebak tengok muka Ibu kot.


Disebabkan masih minggu transisi, Awan balik awal daripada Alan. Lepas tu baru kami ambik abang kakak. Hari pertama hari tu memang jem teruk di sekolah abang kakak. Phew~


Balik sekolah sekarang pun Ayah akan ambik Awan & Alan, Ibu ambik abang & kakak. Mungkin KAFA minggu depan dah tak perlu dah saya keluar tengah hari kot. Tapi balik 4.30 terus pecut ke sekolah ambik diorang KAFA.


Begitulah perancangan & pengurusan persekolah #imanfamila untuk tahun 2021 ni. Semoga urusan kita semua dipermudahkan lah ye. Kita doakan juga anak² kita dilindungi Allah SWT.


Salam Isra'Mikraj semua!



 

22 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sekolah dlm norma baharu ni, masih gelap lagi kena keluar kan. Welcome dan gud luck semua ibu bapa dan murid2 :)

    cikguzim follow sini ya

    ReplyDelete
  2. awalnya brakfast. Mama Yan 5.15 baru nak panaskan minyak dalam kuali

    ReplyDelete
  3. Wah seronok la budak2 dapat pegi sekolah...
    mesti first day tu macam2 cerita dernag kongsi..
    SAlam israk mikraj mim....
    tu la lama plak hilang ye, bz ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. excited diorg esp yg br msk drjh 1 tu.. bz jgk lah sblm ni... keja opis pn bawak balik umh.. mlm2 buat keja x smpt nk berblog

      Delete
  4. Seronok masing-masing dah boleh belajar dengan kawan kawan kat sekolah. Awal tu kena bangun uruskan anak anak sekolah. Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga dan kerja kakmim. Aaminnn

    ReplyDelete
  5. Salam israk mikraj kakmim..
    Seronok dia gi sekolah ye..

    ReplyDelete
  6. Rindunya moment2 anak sekolah.Tapi masa saya dah berlalu.Kawin awal & anak pun rezekinya 3 sahaja.Anak-anak semua dah habis sekolah.Sekrang tengok rakan sebaya saya masih ramai yang anak bersekolah rendah kekadang tumpang seronok.Semoga dipermudah urusan the mans..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak.. akak dh boleh rest dh skrg.. sy ni br bermula 😂

      Delete
  7. time schedule kita dgn kak mim mmg tak sama. 4.45am akak, fuh! kami pkl 6am baru stat enjin. 1st day je sesak, lelepas tu balik sekolah je sesak. sebab sy sejenis yg hantar anak awal pagi juga. sebelum stuck jem, daktiga semua dah sampai sekolah. dua sekolah berbeza, pun sy dah rasa dua thn lepas, 2minggu shj larat, terus mintak tukar skolah sama dgn abg dan kakak. semoga mudah urusan kita semua kak mim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. si kakak drjh 6 alang2 kalau nk pindah.. tgklah nnt mmg plan nk hantar sekolah yg sama je

      Delete
  8. owh.. OK, baca cerita ni baru tau Alan dan Awan tu dua orang anak yang berbeza... heheheh

    ReplyDelete
  9. Hahaa... kembar x sama thn ni.. beza setahun je awan dan alan ni

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok anak-anak kembali ke sekolah walaupun dalam kebiasaan baharu. Moga Allah sentiasa melindungi setiap langkah mereka dalam menuntut ilmu.

    ReplyDelete
  11. 4.45pagi kakmim, Allah... ngntuknyaa dgr huhuhu

    ReplyDelete
  12. Kalau dihitung memang tak cukup 24 jam, tak cukup kaki tangan kita buat semua tu kan hehheee... Kak Amie kalau dah letih, memang dah tak peduli apa semua. Mandi dan tidur dulu. Cas bateri hihiiiii.

    ReplyDelete
  13. Awalnya persiapan cdak sekolah. Memang besar pengorbanan mak bapak nak. Semoga dipermudahkan segala urusan ktk sekeluarga kakmim.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form