Baiklah cerita mengenai perkongsian Coach AA pada pagi itu. Ceritanya mengenai 'circle' atau network kita. Pentingnya kita memilih circle yang baik-baik dalam kehidupan seharian kita. Circle yang baik akan membawa kita ke arah sesuatu yang bermanfaat. Maka kita boleh buat pilihan untuk memilih sesiapa untuk berada dalam circle kita. Dan bila kita hendak memilih, kita semestinya mempunyai beberapa pilihan. Tak mungkin kita hidup berseorangan di atas muka bumi ni kan? Nak cari jodoh untuk pasangan hidup pun kita ditemukan dengan beberapa pilihan sebelum kita dapat membuat pilihan untuk diri kita.
Begitulah juga semasa di tempat kerja. Kalau dicongak-congak kita ada minimum 8 jam berada di tempat kerja. 1/3 daripada 24 jam masa kita dihabiskan di ofis. Belum lagi yang selalu datang awal atau balik lambat kan? Sebab itulah pentingnya pilihan circle yang kita pilih. Masa kita di pejabat akan ditentukan oleh circle yang kita telah pilih tadi. Kita pilih yang suka 'membawang', maka masa 'membawang' kita mungkin akan lebih banyak daripada masa bekerja. Kita pilih circle yang kerja macam lipas kudung maka kita pun akan terinspirasi untuk membuat kerja dengan lebih produktif. Boleh relate?
Coach bagi contoh, kalau kita berkawan dengan si penjual minyak wangi, kita sebagai kawan pun akan 'terjangkit' sekali bau wangi yang si penjual minyak wangi itu jual. Begitulah.
Macam pengalaman saya sendiri, circle positif di tempat kerja memang sangat membantu dan memberikan motivasi untuk saya menambahbaik kualiti kerja saya. Di mana-mana saja boleh brainstorming pasal kerja, di kedai makan, semasa memandu sambil voice message, sebelum tidur. Semua boleh. Bukannya workaholic tapi kadang-kadang idea tu datang secara tiba-tiba dan untuk tidak 'membantutkan' percambahan idea maka ianya perlu untuk diluahkan segera. Ya segera! Begitulah. Saya lebih suka begitu.
Kalau anda pula bagaimana? Cuba lihat circle anda. Sesekali muhasabah diri perlu jugak kan?
Selamat berhujung minggu ya.
Betul ya kak mim. Dolok kmk pernah tersalah langkah juak. Cuma Allah nyedarkan kmk awal jak. Alhamdulillah, buka mata juak dapat kawan-kawan yang lebih senior dan tauk erti kerja. Terinspirasi juak nak ngubah dirik jadi lebih bait dari sebelumnya.
ReplyDeleteSetuju dengan kakmim
ReplyDeleteatie mmg tak boleh bercampur dgn negative vibe ni smua, sbb atie cepat terpengaruh.. huhuhu oleh itu atie rela habiskan masa dgn movie dan drama2 :)
ReplyDeleteGood sharing. Alhamdulillah circle saya baik-baik dan positif. Bagi saya biar circle kecik, tapi membawa kebaikan. Saya pun jenis mudah terpengaruh so saya akan jauhkan diri saya dari orang-orang negatif
ReplyDeleteBetul sangat.. Kadang terjebak dalam persekitaran toksid...penatlah nak melarikan diri..
ReplyDeletePenting memilih circle yang positif. Yang bekerja di rumah juga perlu memilih circle positif, positif vibes dalam media sosial :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, setakat ini rezeki saya dengan circle yang positif. Apa yang penting, kita jangan harap orang je, kita pun turut kena sumbang vibe positif tu
ReplyDeleteSaya setuju. Pilihan di tangan kita. Kawan baik, kita pun turut jangkit buat benda baik.
ReplyDeletesetuju dgn kak mim, bila kita dikelilingi oleh org2 yg positif secara tak langsung kita juga akan tergolong dgn org yg sebegitu..lebih bermotivasi dan terus terinspirasi :)
ReplyDelete