Mikael bin Mael


Inilah Mika. Atau nama penuhnya Mikael bin Mael. Budak #theIMANs yang 3 orang ni kalau nak panggil si Mika ni mesti panggil nama penuh - Mikael bin Mael. Macam manalah Mika ni boleh jadi anak si Mael sedangkan Mael duduk umah mak, Mika ni pulak jumpa kat area rumah kami ni je. 


Rasanya saya tau mungkin sebab si Mika ni berbulu oren macam Mael. Rindu pulak dekat Mael yang dah jadi arwah. Nasib baiklah ada pengganti, si Mika ni. Masa Mael mati dulu Mika ni kecik lagi, sekarang dah besar macam Mael dah. Tapi Mika ni lagi aktif daripada Mael. 




Si Mika ni memang Kakak yang jaga sebab saya sebenarnya takut kucing! Memang tak berani nak dukung si Mika ni. Geram memang geram tapi takut! Yang suka memanjakan Mika ni Iman dan ayahnya je. Yang lelaki 3 orang tu sama je dengan ibunya, mulut je bising tapi suruh dukung Mika tak berani. Kalau Mika ni dah berlari-lari dalam rumah adalah budak kecik terjerit-jerit macam ibunya. Siapa lagi kalau bukan Alan. Hahaha! Mak borek anak rintik agaknya.


Gambar ni saya candid masa si Mika ni buat 'inspection' dalam rumah. Mika ni bukan boleh bagi chance masuk rumah, semua ruang dia nak lawat. Tiba-tiba terus jer dia nak naik tingkat atas. Terus saya jerit, "Mikaaaa!!! Pergi sine ya??" - dibaca, Mikaaaa! Pergi mana tu?


Pandai pulak dia berhenti, tau namanya dipanggillah tu. Lepas tu pura-pura tengok-tengok ke bawah dari atas. Terus tak jadi naik bilik kat atas. Eii, geram. Pandai berlakon ye.


Bila dah takde baby kat umah macam ni lah, tumpang bermanja dengan kucing. Lalala!






 

16 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Haha..comel nama Mikael bin Mael. Penghibur dia ni. Alan pun penakut kucing gak ye.
    Buat muka comel pulak dia posing kat tangga tu.

    ReplyDelete
  2. Tauk nya, namanya ditunggah. Mika gik ya namanya. Kedak nama Mika, anak Ruhila dalam drama Takdir Yang Tertulis. Alu teringat drama indah bila nangga nama Mika 😂🤣

    ReplyDelete
  3. rumah kita pun ada baby rupa sebijik Mikael ni, hahahha

    ReplyDelete
  4. Alaaa comelnyaa... terus duk terngiang kalau di panggil nama penuhnya tu hahahaha

    ReplyDelete
  5. Dah macam nama anak buah akak..Mika..hehehe..comel jer...

    ReplyDelete
  6. fuyyoo curlass nama kucing dia...
    comel je walau ako bkn la peminat kucing hehehe..

    ReplyDelete
  7. Ingatkan nama orang.. Rupanya si bulus.. Eh, macam sedap pula nama tu.. Hihihi

    ReplyDelete
  8. Nampak muka nakal dia tu... dia kata bakal jd tuan besar dia dalam rumah ni heheheh

    ReplyDelete
  9. hahaha nama anak buah atie, mikael juga.. pgl mika juga hahaah

    ReplyDelete
  10. kiut juak namanya mika...belum pernah terfikir nama tok sebelum tok..boleh simpan untuk nama akan datang..hahahaha

    ReplyDelete
  11. Bermanja dengan kucing pun jadilah kan. Terhibur jugak hati.

    ReplyDelete
  12. kene tambah baby lagi mak nih.. 😘😅😅😅

    ReplyDelete
  13. Kiut nama Mika ya. Dah la nya tauk namanya Mika. Kiut alu!

    ReplyDelete
  14. Terhibur baca nama penuh Mika. Ni ada surat beranak tak Mika ni? 🤣😂🤣

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form