Cita-Cita Nak Tanam Bunga

Sejak PKP 1.0 dulu, ramai kenalan saya yang mula berbudi dengan tanah. Apa kata orang putih, to kill the time?? Aha.. ya ya. Banyak masa terluang masa PKP dulu. Tak perlu masuk ofis, tak perlu travelling atas urusan rasmi ke sana ke sini. Just stay at home. Maka patutlah cari kerja lain di rumah kan? Tapi saya takde pulak sempat bertani macam mereka. Mungkin saya sibuk dengan Netflix kot. Ye ke? Entahlah saya pun tak tau apa yang saya buat masa PKP dulu. Macam masak, lipat kain, itu jer rutin yang saya buat. Beruntunglah mereka yang sempat berbudi dengan tanah. Baru sekarang timbul sekelumit rasa cemburu pabila melihat perkongsian hasil 'to kill the time' mereka di media sosial. 


Tapi.. saya masih juga terfikir-fikir apa yang saya buat masa PKP dulu. Banyaknya masa terluang yang saya persiakan. Mungkin sebab Encik Suami kerja macam biasa dan saya pun terasa macam takde beza sangat pun, cuma saya tak perlu pergi ofis macam selalu. Ala-ala cuti rehat macam tu je lah. Hmm..


Dah habis PKP, PKPB dan PKPP barulah sibuk nak buat macam-macam. Bapak saya pun macam biasalah datang ke rumah saya dan berkebun. Belakangan ni baru Encik Suami sibuk jugak tengok-tengokkan sayur-sayur yang Bapak saya tanam. Itupun sebab bila musim hujan Bapak jarang dah menjenguk kebun sekangkang kucing di belakang rumah saya ni. Kenapa kangkang kucing? Kangkang kera besar sikit rasanya daripada kangkang kucing. Kah! Kah!




Bila dah dipancut dengan waterjet barulah naik serinya. Takdelah berlumut sangat. Nasib jugak bersimen kalau tak, lagilah sakit mata memandang. Sebenarnya jiran-jiran belakang rumah tu tak duduk di situ. So keadaan rumah mereka agak tak terurus. Itu jugak antara faktor kenapa saya tak berapa nak suka menghabiskan masa di belakang rumah ni. Jiran sebelah kiri takde jugak, kerja dan tinggal di Sibu. Rumahnya dah bersimen macam rumah kami, so masih ok lagi. Jiran sebelah kanan pulak membela rumput. Hmm.. down terus tengok lalang-lalang yang menyubur.


Sejak minggu lepas Encik Suami sibuk ajak 'bela' bunga kat belakang ni. Saya kata tunggu dulu. Kalau boleh saya nak beli je bunga-bunga di pasar minggu tu, tinggal bawak balik, siram dan jaga. Bukan nak tanam from the scratch. Nampak sangat suka short cut kan? Tapi sebenarnya jauh di sudut hati teringin jugak nak bela keladi dan hati-hati yang viral sekarang ni. Tapi takut nanti hangat-hangat taik ayam, pokok bunga pun mati. Banyak tapi nya kan?


Err.. Boleh ke saya ni? Takut pulak nak cabar diri sendiri bila part ni.

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Confirm cantik laman belakang rumah kakmim. Saya pun kekadang fikir nak cepat je terus letak bunga. hihi..malas nak menunggu. Tanam pokok macam pagar cantik gak tu. privasi sikit terlindung di sebalik pokok hiasan. Cantik buat kepungan simen tu. Nanti share after nya kakmim :)

    ReplyDelete
  2. Wah! Encik Suami saya ada kawan 'bela' bungalah nanti. Banyak dah dia tanam ati-ati dan keladi. Saya tukang tengok saja...hehehehhe.

    ReplyDelete
  3. Buat je, kakmim. Boleh je beli terus pokok bunga. Takde salahnya. Tanah tak cukup, tanam je dalam pasu. :)

    ReplyDelete
  4. you can do this !!! keladi tanam from scratch !!!!

    ReplyDelete
  5. Tanah depan rumah akak ni sekangkang akak je, cita- cita bukan main lagi..semua nak tanam..last2 pak zain tanam jer pokok peria, kacang botor ngan sayur mayur...bunga ntah kemana..pasu semua dia dah hijack jadi tempat semai benih sayur

    ReplyDelete
  6. Cuba je kakmim, dah cuba baru tau jadi ke tak hehe

    ReplyDelete
  7. coba jak dolok..belum coba, belum tauk kan..hihihihi

    ReplyDelete
  8. Meh saya cabar kakmim. Hehe. Cari yang simple dulu. Test power. Dah dapat rentak baru start from scratch atau bela pokok yang susah nak jaga. Good luck!

    ReplyDelete
  9. Polah jak dolok. Hehe. Jadi sik jadi belakang cerita. Hehe. Boleh juak kitak nanam mulberry. Kmk ada tanam awal tahun tok tek, belum ada buah jak la.

    ReplyDelete
  10. Kakmim boleh! Saya dah bawa pompom dan sepanduk ni datang bawa semangat!

    ReplyDelete
  11. Insyaallah boleh...Abah SA tanam sayur menjadi...cili pun sejak tahun lepas...skrg tinggal bayam brazil sebab pak zain dah x berapa sihat...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form