Throwback Thursday: Blog Wordpress 2008

Blog lama dah jumpa balik!!!! 


Rindunya blog Miss Chrome aka MC nih!!! 


Rasa nak melompat jer depan pc bila dapat track balik blog zaman BBNU ni. Poyo ah! Hahaha!


Warna hijau rupanya. Sampai warna template pun dah lupa.


Nak letak sini jugaklah screen shot Wordpress ni. Manalah tau suatu hari nanti Kakmim 'MIA' lagi di alam blog ni. Kalau tetiba muncul balik at least dapat jugak track dekat sini. Insya Allah


Tapi, Wordpress ni bukan blog pertama Kakmim. Blog pertama Kakmim dulu guna Blogdrive. Linknya nagacute.blogdrive.com sebab masa tu memang guna nick nagacute. Tapi email yang guna masa tu pun dah lupa, memang tak dapat nak login. Rasanya bila dah move on dengan 'sesuatu' dulu Kakmim delete kot blog pertama ni. Lepas tu bila orang dah ramai guna Blogspot barulah wujudnya kelisabiru.blogspot.com pulak.


Tapi....

Bila nak bukak blog tu, tak boleh pulak. Lupa dah username & password apa nak login. 


Itulah pengajarannya bila suka 'curang'. Sekejap di blogdrive, sekejap di blogspot, sekejap lagi di wordpress. Haaa.... ambik kau, padan muka.


Bila baca lagi di previous page wordpress tu kan, rupanya dulu kita ada Multiply jugak ye. Kalau tak silap memang lebih kepada untuk post gambar je. Bila klik je link http://sukmaville.multiply.com/ tu dah tak boleh access dah. Tak ingat pun ada akaun Multiply ni. Kalau Friendster tu ingatlah jugak. Ada 1 lagi tu yang seangkatan dengan Friendster, glamer jugak tu, lupa pulak namanya.


Apa ek? Adoi la... memang tak ingat ni. Ada sesapa yang ingat ke?

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alamak, yang saya tahu wordpress tu je. Yang lain blogdrive, multiply tak pernah dengar pulak kakmim. Banyak kenangan tu. Dah banyak banyak memang boleh buat lupa.
    Pernah juga bercita cita nak guna wordpress tapi sekadar buat je. updatenye tidak. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. ms tu fiza baby lg kot.. entah2 blom lahir lg

      Delete
  2. atie hari tu guna wordpress juga.. best kat sana! smua easy then boleh lock post and private post ! tak terlalu public ! tapi malaysia ramai suka blogspot pulak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Dlu suka try n error tu yg guna byk platform

      Delete
  3. Myspace ke? Tu femes jugak dulu. Tapi socmed saya yang pertama, friendster. Dulu kalau nak main internet kena g cyber cafe. Duit belanja habis kat situ je. Blogdrive ni zaman saya sekolah,masa tu buta IT lagi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa... myspace!!! Betol tu sal.. susah nau nk ingt nama myspace.. akak dlu pn mcm tu jugak berabih pi cc.. hihi

      Delete
  4. Saya hanya mampu baca.. Tak mampun nak faham lagi.. Nampak naw mokcik ketinggalan.. Hihihi

    ReplyDelete
  5. guna coding ke tu kakmim? tak pernah try pula wordpress, dari awal lagi memang guna blogspot..hehe

    ReplyDelete
  6. Saya tahu blogspot dengan Wordpress je, Kakmim. Blogdrive dan multiply tu memang tak tahu menahu heheh. Sweet je warna template hijau tu.

    ReplyDelete
  7. bermula tulis blog dgn wordpress sblom beralih ke blogspot sbb WP x ramai org guna jd kurang pembaca.

    ReplyDelete
  8. Wah! Banyaknya kenangan berblog. Kak Amie kenal dua jew... wordpress & blogspot.

    ReplyDelete
  9. Saya pun ada multiply dulu. Friendster pun. Myspace pun. Cuma saya tak pernah guna wordpress. Cantiknya template blog wordpress kakmim. Kenangan tu. :)

    ReplyDelete
  10. Tok namanya luas pengalaman. Banyak platform dah dicuba. Hihi.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form