Throwback Thursday - BF Journey

 

Google Photo 8 Januari 2016


Dulu semasa masih berjuang untuk BF, suka ambik gambar macam ni. Selesai jer urusan pumping di ofis mesti ambik gambar 'hasil' pumping. Tak sangka kan tak rugi jugak ambik gambar macam ni untuk kenangan semasa anak-anak masih BF.


Kakmim mula BF sejak #anakno2 dan teruslah non-stop sehingga 2016. Si Abang memang minum SI saja dengan jayanya sampai umur 2 tahun. Dia sejenis tak terima langsung susu formula. Si adik 2 orang sempat fully BF 6 bulan dan lepas tu campur FM. Tapi kalau kat umah memang tak ruak pun susu FM, tak pandang langsung! 


Si Kakak anak sulung pulak sejak lahir lagi dah sumbat FM. Time ni ibarat zaman kejahilan, memang takde kesedaran langsung nak BF. Tambahan pula masa tu Kakak ceaser lagilah, masa kat wad lagi nurse dah sumbat susu FM. Masa tu pun belom ada polisi kena susukan baby dengan SI sahaja sebaik lahir. Kesian Kakak kan? Yang dah lepas biarkan berlalu. It's okay, dah besar pun Kakak sekarang.


Kebaikan Susu Ibu

Untuk bayi:

  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:

  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Kredit to: http://www.myhealth.gov.my/kebaikan-susu-ibu/


notakakmim: masa BF dulu memang Kakmim kurus kering! 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Akk 4 org anak semua merasa BF walaupun tak genap 2 tahun, cuma yg no 5 tak sempat pun sebulan sbb masa tu susu tak banyak.
    Mmg banyak kelebihan susu ibu ni, rugi siapa tak nak bagi anaknya susu ibu kan.

    ReplyDelete
  2. betul!! ambil gambar dlm smua benda.. tu smua memories kan

    ReplyDelete
  3. Saya dulu BF juga, tapi tak berapa kurus pun. Hehe, asal kurang makan je, susu jadi kurang. Kenangan betul, BF ni kan. Alhamdulillah. Bukan semua ibu berkesempatan untuk BF anak.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ni kakmim. Saya belum ada pengalaman. :)
    Betul, tak rugi ambil gambar untuk kenangan. Susu ibu, susu yang terbaik untuk tumbesaran anak anak.

    ReplyDelete
  5. Anak kamek pun semua bf. Alhamdulillah Dhia masuk 10 bln dah. Moga² ada rezeki untuknya sampey duak tahun.

    ReplyDelete
  6. Saya bf tiga2 memang dalam 6 7 bulan je, memang rezeki susu ibu sampai tu je. Lepas tu rezeki anmum tiga2 😁

    ReplyDelete
  7. Samalah jahilnya Kak Amie time ada anak sulung dan kedua, langsung tak BF. Anak ketiga barulah BF sepenuhnya, itu pun terlajak BF sampai masuk sekolah tahun 2. Agaknya dia ambil bahagian dua abangnya kot hahahaaaa.

    ReplyDelete
  8. anak adik kamek, yang first full BF, yang second dah campur FM dah..sik berapa kuar susunya untuk anak second ya..

    ReplyDelete
  9. Memang banyak kelebihan SI ni. Hehe sekarang memang hospital ada polisi penyusuan ibu dah. Ada nurse yang akan ajar ibu-ibu yang baru melahirkan anak.

    ReplyDelete
  10. Hehe gambar itu perlu untuk kenangan...

    Thanks for the sharing. Memang banyak khasiat susu ibu kan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form