Throwback Thursday - 12 Tahun


Throwback gambar 8 tahun yang lepas! Terima kasih FB selaku arkib penyimpan gambar-gambar dahulu-kala. Masa ni kakak baru masuk tadika 4 tahun (Level 1).



Iman & Iman

Yang lelaki anak jiran, yang perempuan #anakno1 Kakmim
Dulu Iman (lelaki) ni tinggal selorong dengan umah mak Kakmim
Adik-beradik Iman (lelaki) ni semuanya perempuan, dia anak bongsu
Kakak-kakak pun dah besar 
So dia selalu bawak mainan dia pergi umah mak Kakmim
Nak main dengan Iman (perempuan) dan adik-adik Iman sekali
Meriah kan main umah nenek Iman (perempuan).. daripada dia main sorang² kat umah
Tambah² lagi adik² Iman (perempuan) ni semuanya lelaki
Memang geng lah..


Tahun ni tahun 2021, kedua-duanya dah 12 tahun, dah darjah 6 tak lama lagi
Iman si kakak ni pun dah semakin pemalu
Dah tak berapa layan dah budak² lelaki kecuali yang 1 kelas dengan dia
Iman (lelaki) ni kebetulan 1 sekolah jugak dengan si kakak
Baru-baru ni famili Iman ni dah pindah rumah, masih di taman yang sama, tapi lorong lain
Memang dah takdelah lepak umah mak Kakmim lagi main beyblade
Kalau terjumpa di sekolah, adalah si #anakno2 Kakmim, Irfan bagitau dia jumpa Iman (lelaki)
Kakak kalau 'terjumpa' memang tak layan dah lelaki
Pemalu anak dara aku ni
Kah! Kah!


Cepat pulak rasanya anak-anak ni membesar
Bila anak dah meningkat remaja lain pulak dah cara layanan kat diorang
Hmmm...
Nak nangis... terharu!!
Aku ada anak dara lah weyyy!!!

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. hehehehe.. anak kita pun ada beberapa kawan nama Iman dalam kelasnya, Iman lelaki dan Iman perempuan

    ReplyDelete
  2. hheee...syok kan ada anak dara ni..hehee. anak dara saya yang bongsu dah 14 tahun dan tahun ni 15 tahun..dah nama sama besar dengan kakak2nya yg berusia 22, 21 dan 20 tu..alahai umi diaorg pulak dah makin tua..heee

    ReplyDelete
  3. Nama pun sama. Hehe sudah besar.

    ReplyDelete
  4. Alolo, Iman dah pandai malu dengan lelaki. Bagusla macam tu. Semoga tabah mendidik anak dara di zaman penuh mencabar ni ye kakmim

    ReplyDelete
  5. dah besar2 dh anak. nanti sedar2 masing2 ada kehidupan sendiri kan. semoga menjadi anak soleh solehah

    ReplyDelete
  6. Dah anak dara, muncullah sifat pemalu seorang perempuan. Tak lama lagi dah nak sekolah menengah dah. Cepat masa berlalu.

    ReplyDelete
  7. FB mmg arkib gambar2 kenangan kan..
    sesekali datang reminder gambar2 lamaaa alamakk haha.. cepat masa berlalu.. anak2 da besar dah kan..

    ReplyDelete
  8. orang madah anak dara lagik susah mok jaga dari anak bujang..gituhhh...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form